KURSUS PIAWAIAN PERAKAUNAN SEKTOR AWAM MALAYSIA (MPSAS) – SIRI 1

18 & 19 Dis, Johor Bahru – Kursus Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) – Siri 1 telah dianjurkan bertempat di Holiday Villa, Johor Bahru yang melibatkan seramai 16 pengkhidmat PIJ dan turut dihadiri oleh PIJ Holdings Sdn. Bhd. serta Insist Amilat Sdn. Bhd. seramai 14 orang.

Objektif penganjuran kursus ini adalah sebagaimana berikut:
1. Memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan perkembangan piawaian perakaunan terkini.
2. Memahami keperluan perakaunan akruan berdasarkan piawaian MPSAS berkaitan dengan pengukuran, pengiktirafan, pembentangan aset, liabiliti dan hasil serta belanja sektor awam dalam penyata kewangan.
3. Mengenalpasti kesan MPSAS terhadap polisi, proses dan prosedur-prosedur kewangan dan operasi PIJ serta persembahan dalam Laporan Kewangan.

Bagi Siri 1 ini, topik yang diberi penerangan adalah berkaitan MPSAS 1, MPSAS 2, MPSAS 16, MPSAS 17, MPSAS 23, MPSAS 24, MPSAS 26 DAN MPSAS 31. Manakala Siri 2 bagi Kursus Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) dijangka akan dilaksanakan pada Bulan Januari Tahun 2023.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini dapat membantu memberi penerangan yang lebih jelas dalam penyediaan Penyata Kewangan menggunakan Format Piawaian Perakaunan yang baru iaitu MPSAS.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah