DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

“Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-64 kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November 2022 Bersamaan 27 Rabiulakhir 1444 Hijrah”

Sembah takzim daripada Pengurus Besar dan Warga Kerja Perbadanan Islam Johor serta Anak Syarikat Dalam Kumpulan.

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN

#sultanjohor
#harikeputeraan
#daulattuanku
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

MAJLIS PERSARAAN PENGKHIDMAT PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ)

MAJLIS PERSARAAN PENGKHIDMAT PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ)

03 Nov, Johor Bahru – Majlis Persaraan telah diadakan bagi En Roslan bin Rabun yang akan bersara wajib pada bulan November 2022. Beliau telah berkhidmat di PIJ selama 37 tahun, bermula dari 1 November 1985 hingga 9 November 2022.

Adalah menjadi adat dan lumrah kehidupan. Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira, begitulah juga besarnya jasa Encik Roslan bin Rabun sehingga tidak mampu untuk kami membalasnya.

Pakat bersama menunggang kuda
Biarpun seketika masanya cuma
Sisihkan sengketa sekiranya ada
Bertemu berpisah rencana Allah yang Esa

Tanam selasih di tengah laman
Cantik berseri si bunga lili
Permata bersinar digelar Kang Lan
Jasa dan budi sentiasa diingati

Moga Allah sentiasa merahmatimu. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

KURSUS MS ISO 9001:2015 AUDIT DALAM (PENDEKATAN RISIKO)

01 & 02 Nov, Johor Bahru – Bagi meningkatkan kefahaman dalam MS ISO 9001:2015 (Proses Audit Dalam), satu kursus telah diadakan bertempat di Hotel Renaissance, Johor Bahru.

Kursus ini dilaksanakan untuk Pegawai dan Pengkhidmat Perbadanan Islam Johor bagi memahami dengan lebih mendalam kaedah yang betul bagi pelaksanaan audit mengikut MS ISO 9001:2015.

Pihak Pengurusan Tertinggi iaitu Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, En. Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ telah menunjukkan komitmen dengan turut serta hadir dalam kursus ini.

Semoga kursus ini memberi manfaat dan kebaikan untuk semua. InsyaAllah.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah