Sumbangan bantuan mangsa ribut di Sedili, Kota Tinggi

26 Julai, Kota Tinggi – Perbadanan Islam Johor (PIJ) memberikan bantuan segera wang tunai berjumlah RM10,000 kepada mangsa bencana ribut di Sedili, Kota Tinggi baru baru ini.

Bantuan ini telah di sampaikan oleh Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd. Shukor, Pengurus Besar PIJ kepada Puan Hajjah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi bertempat di Pejabat Daerah Kota Tinggi.

Menurut makluman yang diberikan, seramai 287 keluarga yang terkesan akibat bencana ribut tersebut melibatkan tiga kawasan iaitu Tanjung Sedeli Besar, Sedeli Besar dan Kampung Sentosa.

Diharapkan lebih banyak agensi dan orang ramai memberi bantuan kepada mereka lebih-lebih lagi di masa kita menghadapi pandemik Covid-19 ini.

Semoga segala urusan mangsa bencana ribut dipermudahkan dan bersama kita mendoakan jua agar wabak Covid-19 ini berjaya diatasi secepat mungkin.

#KitaJagaKita
#StayHome
#StaySafe
#KitaBantuAllahSayang
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Selamat Hari Raya Aidiladha 1442H

SALAM AIDILADHA
10 Zulhijjah 1442H

كل عام وأنتم بألف خير
بمناسبة عيد الأضحى المبارك
أعاده الله علينا وعليكم بكل خير

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita pada tahun ini.

Agar apa jua halangan dan dugaan yang sedang kita lalui dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari Ilahi.

Bulan zulhijjah penuh barakah
Ziarah baitullah menunaikan haji
Ibadah korban menjalin mahabbah
Berkasih sayang bersatu hati

اللهم صلي على محمد وعلى اله محمد

#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Sumbangan Air Hijrah dan Kitab Selawat & Doa-doa pilihan

15 Julai, Kluang – Perbadanan Islam Johor meneruskan khidmat bakti dalam usaha menangani pandemik Covid-19 dengan memberikan sumbangan 1,000 botol Air Hijrah dan 120 naskhah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan kepada YBhg. Tuan Haji Jamaludin bin Haji A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang. Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ.

Sumbangan ini akan diagihkan kepada para petugas di Pusat Pemberian Vaksin di daerah Kluang.
Diharapkan sumbangan seumpama ini memberikan manfaat yang berterusan kepada yang terkesan dalam menangani pandemik Covid-19.
.
#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#KitaBantuAllahSayang
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Tazkirah Jumaat

Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah S.W.T. Juga dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari, yang mana ianya merupakan hari yang diwajibkan kepada seluruh kaum muslimin (lelaki) untuk mengerjakan Solat Fardhu Jumaat dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca Surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat dan zikir-zikir yang lain.
Ayuh bersama kita memperbanyakkan berdoa dan berzikir agar dugaan yang sedang melanda negara kita ini akan pulih seperti sediakala. InsyaAllah.

اللهم صلي على محمد وعلى اله محمد
#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#KitaBantuAllahSayang
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Sumbangan Air Hijrah dan Kitab Selawat Nabi & Himpunan Doa Pilihan

6 Julai, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) menyumbang lebih 1,008 botol Air Hijrah dan 30 naskhah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan kepada Pejabat Sekretariat KPIBKS Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB) di Jalan Glendening, Johor Bahru.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ kepada Y.Bhg Datuk Hj Yahya bin Jaafar, Ahli Majlis Zon Bandar Baru Uda, Majlis Bandaraya Johor Bahru selaku Focal Person Kumpulan Penggerak Ibubapa Komuniti (KPIBKS) Kebangsaan & Negeri Johor.

Turut hadir sama dalam majlis serahan ini adalah Tn Hj Abdul Rahman bin Ngah, Timbalan PPD Perancangan, Encik Suliman bin Kamsur, Timbalan PPD Pengurusan Sekolah, Encik Kamaruzaman bin Abdullah, Penolong PPD Pra Sekolah & Rendah.

Sumbangan ini akan diagihkan kepada sekolah yang disenaraikan oleh pihak PPD JB yang melibatkan keluarga B40. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan manfaat dan mengurangkan sedikit sebanyak beban dalam kita menangani wabak Covid-19 ini.

#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#KitaBantuAllahSayang
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Susah Senang Bersama

30 Jun, Johor Bahru – Penyaluran sumbangan daripada Perbadanan Islam Johor berupa 1,512 botol Air Hijrah dan 120 naskhah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan diteruskan dengan pengagihan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat Johor, Adda Heights dan juga Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Hospital Permai.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Hj Abdul A’lim bin Abd. Shukor, Pengurus Besar dan diiringi oleh Encik Abdul Azim bin Hj Shamsudin, Timbalan Pengurus Besar serta Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

Usaha ini diharapkan sedikit sebanyak meringankan beban yang terkesan semasa pandemik Covid-19 ini.

#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#PPVJohor
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor