Hulurkan Tangan Ringankan Beban

HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN

28 Jun – Perbadanan Islam Johor meneruskan usaha menyalurkan sumbangan berupa 1008 botol Air Hijrah serta 300 naskhah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan kepada 2 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu PPV Persada Johor dan PPV Dewan Seri Alam, Masai. Sumbangan turut disalurkan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Hj Abdul ‘Alim bin Abd. Shukor, Pengurus Besar dan diiringi oleh Encik Abdul Azim bin Hj Shamsudin, Timbalan Pengurus Besar serta Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

Diharapkan sumbangan yang disalurkan memberi manfaat kepada yang memerlukan dalam usaha menangani pandemik Covid-19 ini.

#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#PPVJohor
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Sumbangan Air Hijrah dan Kitab Selawat Nabi

BERAT SAMA DI PIKUL, RINGAN SAMA DI JINJING

24 Jun, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) berbesar hati untuk menyumbang dalam usaha menangani pandemik Covid-19 ini.

Sumbangan Perbadanan Islam Johor kepada Y. Bhg Datuk Yahya Jaafar, Ahli Majlis Zon Bandar Baru Uda, Majlis Bandaraya Johor Bahru merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru serta Focal Person Kumpulan Penggerak Ibubapa Komuniti (KPIBKS) Kebangsaan & Negeri Johor. Sumbangan berupa Air Hijrah sebanyak 1008 botol dan 300 naskah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan untuk diagihkan kepada PUSAT VAKSINASI JOHOR di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru.

Diharapkan usaha ini turut dapat dicontohi oleh semua pihak dalam kebersamaan kita bagi memutuskan rantaian virus Covid-19.

#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Daulat Tuanku

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI pada 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H.

Sembah Takzim Daripada Warga Perbadanan Islam Johor