Hulurkan Tangan Ringankan Beban

HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN

28 Jun – Perbadanan Islam Johor meneruskan usaha menyalurkan sumbangan berupa 1008 botol Air Hijrah serta 300 naskhah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan kepada 2 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu PPV Persada Johor dan PPV Dewan Seri Alam, Masai. Sumbangan turut disalurkan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Hj Abdul ‘Alim bin Abd. Shukor, Pengurus Besar dan diiringi oleh Encik Abdul Azim bin Hj Shamsudin, Timbalan Pengurus Besar serta Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

Diharapkan sumbangan yang disalurkan memberi manfaat kepada yang memerlukan dalam usaha menangani pandemik Covid-19 ini.

#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#PPVJohor
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor