Taklimat Kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru

MBJB, 24 Feb 2017

Kali ini team TWRJ menyampaikan taklimat di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk menerangkan tentang waqaf, fungsi serta projek khusus TWRJ yang akan dijalankan pada tahun 2017.

Alhamdulillah, sambutan yang amat baik dan menggalakkan. Ramai yang telah menyertai waqaf tunai individu dan akan bersama menyumbang dana waqaf melalui potongan gaji skim waqaf tunai.

Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan menjadi tulang belakang TWRJ untuk terus maju dalam melaksanakan projek yang telah dirancang dan membangunkan tanah-tanah waqaf di Negeri Johor.

Sekali lagi, terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang sudi berwaqaf dan menyumbang. Allah jua yang dapat membalasnya.

#jommengejarkeberkatanhidupdenganberwaqaf
#jomberwaqf
#membangunswadayaummah
#mbjb