Muat Turun Borang J1 Skim Pemotongan Gaji Waqaf Tunai (TWRJ) SEKARANG!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Muafakat Johor

TWRJ mengalu-alukan penyertaan Tuan/Puan sebagai penyumbang dana waqaf bagi membangunkan swadaya Ummah. Borang Penyertaan Pemotongan Gaji Skim Waqaf Tunai boleh didapatkan di Perbadanan Islam Johor atau dimuat turun di laman web PIJ

 

Tatacara Pengisian Borang J1
——————————
1. Lengkapkan borang J1 dengan mengisi bahagian A),B), dan C).

2. Serahkan borang kepada majikan untuk pengesahan di bahagian D)

3. Sediakan 2 salinan. 1 salinan asal diserahkan kepada Tabung Waqaf Rakyat Johor melalui pos atau ke pejabat Perbadanan Islam Johor, 1 salinan untuk simpanan majikan.

4. Borang J1 merupakan borang khusus bagi Skim Waqaf Tunai Pemotongan Gaji. Ini bermakna potongan gaji akan dibuat mengikut jumlah amaun yang dipersetujui.

Segala pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak Tabung Waqaf Rakyat Johor ditalian :

07-227 7611 / 07-2276223

Bersama-sama kita membudayakan waqaf!

#jomberwaqaf
#membangunswadayaummah