Mesyuarat Bersama Jabatan Akauntan Negara

Mesyuarat Bersama Jabatan Akauntan Negara, Putrajaya
============================

Putrajaya, 14 April 2017 – Satu mesyuarat bersama Jabatan Akauntan Negara telah diadakan bersama Perbadanan Islam Johor bertempat di Bangunan Perbendaharaan 2, Precint 2, Putrajaya.

Mesyuarat bertujuan memohon Kod Potongan Gaji bagi Penjawat Awam bagi Jabatan-Jabatan Persekutuan bagi seluruh Malaysia. Mesyuarat teknikal akan menyusul bagi memastikan kelancaran potongan gaji tersebut.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Rihatun Abddah binti Meor Zainal Abidin, Pengarah Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara.

#jomberwaqaf
#membangunSwadayaUmmah