Majlis Tandatangan Perjanjian Dengan JomPAY

#BeritaJauhar | Ambank Islamic Bhd dan Perbadanan Islam Johor (PIJ) hari ini menandatangani perjanjian dengan JomPAY bagi memudahkan orang ramai dan sektor korporat menyumbang sumbangan kepada Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ).

Majlis tanda tangan itu disaksikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim dan Ketua Pegawai Operasi MyClear, Tay Gim Soon.

Ambank Islamic diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eqhwan Mokhzanee, manakala PIJ diwakili oleh Pengurus Besarnya, Zulkiflee Abbas pada Majlis Menandatangani Perjanjian Dagangan JomPAY Di Antara Ambank Islamic dan PIJ Melalui TWRJ di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Ambank Islamic, Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz dan Ketua Pegawai Eksekutif Aminvestment Bank yang juga Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan Ambank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.