Majlis Penyerahan Surat Tawaran Penyewaan Inkubator PIJ, Pengerang

Pengerang, 16 Mac 2017

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Penyewaan Inkubator PIJ, Pengerang disempurnakan Menteri Besar Johor, Y.A.B. Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Pembangunan Inkubator itu dijangka siap pada penghujung April 2017 yang akan disewakan kepada usahawan belia pada kadar RM300 sebulan.

Kos keseluruhan pembangunan Inkubator yang melibatkan 16 unit pejabat itu berjumlah RM1.2 juta.

Diharapkan Inkubator ini dapat membantu usahawan untuk lebih sukses.

#majlispenyerahansurattawarandankunciinkubatorpij
#perbadananislamjohor
#pijholdings
#inkubatorpij
#tabungwaqafrakyatjohor