Majlis Pelancaran Tabung Waqaf Rakyat Johor

DYMM Sultan Johor mencemar duli melancarkan Tabung Wakaf Rakyat Johor pada 8 November 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor Bahru. Kerajaan Negeri juga menyumbang RM 5 juta untuk Tabung Wakaf. InsyaAllah, tabung ini akan berfungsi sebagai wadah amal jariah bagi seluruh umat Islam di Johor dan cara Johor mengukuhkan muafakat Bangsa Johor.

Apabila rakyat dan Kerajaan berganding bahu, untuk menyelesaikan kemaslahatan umum, maka pasti akan terjelmalah masyarakat terbaik. Alangkah indah dan menyenangkan, bila setiap Bangsa Johor, ikhlas menjalin keeratan yang tulus, di atas nama muafakat, demi melakukan amal dan kebaikan kepada masyarakat umum.

Tabung Waqaf Rakyat Johor ini juga adalah ikhtiar kita dalam menggunakan pelbagai model Islam untuk menyuburkan kebaikan di bumi Johor.Semoga dengan manfaat dari Tabung Wakaf ini nanti, akan lahirlah ilmuan-ilmuan terbaik. Yang akan menyumbang kepada kemajuan ilmu pengetahuan, penemuan sains dan teknologi serta penghasilan karya bermutu dan termaju.Akan terbinanya sekolah, universiti, hospital, rumah ibadat, perpustakaan, pasaraya, jalanraya, sistem pengairan, perumahan dan pelbagai lagi prasarana yang lebih baik. Demi kesejahteraan hidup yang selayaknya

Setakat ini, kita sudah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 12 juta sumbangan bagi Tabung Wakaf Rakyat Johor.Saya mengambil kesempatan ini, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua hartawan dan dermawan yang telah berbesar hati memberikan sumbangan ikhlas ini. Semoga kita menjadi umat terbaik yang dijanjikan Allah di dalam Alquran. insyaAllah

#teamJohor
#membangunswadayaummah
#perbadananislamJohor
#tabungwaqafrakyatJohor