Lawatan Kerja ke Ladang Zamrud Kahang Kluang

21 Oktober, Kluang – Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ), Hajah Shubanah binti Yusuf telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Zamrud di Kahang milik PIJ bagi meninjau perkembangan operasi serta pelaksanaan aktiviti pertanian kelapa sawit di lapangan yang diselia oleh PIJ Plantation & Agriculture Sdn. Bhd.
Lawatan ini bertujuan menilai potensi dan kemajuan projek ladang di bawah pengurusan PIJ dan Kumpulan selain memastikan pelaksanaan projek berjalan selaras dengan objektif pembangunan ekonomi ummah serta agenda pertanian mampan negeri Johor.
Dalam lawatan ini, Pengurus Besar turut berkesempatan berinteraksi bersama kakitangan serta pengurus ladang bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan terhadap cabaran serta peluang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.
PIJ terus komited memperkukuh sektor pertanian sebagai salah satu teras pembangunan ekonomi Islam negeri Johor melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi dan berdaya maju.