BELANJAWAN JOHOR 2026

Alhamdulillah dan terima kasih kepada YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor atas pengumuman Belanjawan Johor 2026 yang memberikan fokus kepada 2 teras utama dalam memperkasa pentadbiran negeri secara holistik.
Perbadanan Islam Johor melalui Belanjawan PIJ dan TWRJ telah memperuntukkan sejumlah RM2.482 juta bagi pelaksanaan inisiatif Belanjawan Johor 2025 sebagaimana butiran berikut:
TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI
1. RM200,000.00 – Program Kursus Profesional Eksekutif Halal.
2. RM442,000.00 – Program Insentif kepada Usahawan Kantin Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) yang telah memperoleh pensijilan halal.
TERAS 3: JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL
3. RM1,600,000.00 – Program Bantuan Katil ICU dan Sumbangan Ambulans kepada hospital dan klinik kesihatan yang terpilih.
4. RM240,000.00 – Bantuan Wakaf Peralatan Kesihatan dan Pemberian Kit Kecemasan yang memanfaatkan kepada 160 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ).
Semoga dengan pelaksanaan inisiatif ini memanfaatkan seluruh masyarakat Negeri Johor.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi

SUMBANGAN KERUSI RODA DAN STRETCHER KEPADA ZOO JOHOR

11 Nov, Johor Bahru – Sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri Johor, Perbadanan Islam Johor (PIJ) terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) demi kemaslahatan rakyat Negeri Johor melalui Program Bantuan Amal Jariah PIJ.
PIJ telah menyumbangkan lima (5) buah kerusi roda dan satu (1) unit stretcher untuk kegunaan pengunjung Zoo Johor sebagai sebahagian daripada inisiatif membantu kemudahan awam yang lebih mesra dan inklusif.
Sesi penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Hajah Shubanah Binti Yusuf, Pengurus Besar PIJ kepada Zoo Johor yang telah diwakili oleh Encik Mohamad Amirul Bin Azmi, Pengurus Zoo Johor.
Sumbangan ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pengunjung, khususnya golongan warga emas, ibu bapa dengan anak kecil serta individu kelainan upaya (OKU) yang melawat Zoo Johor.