Majlis Penyerahan Surat Tawaran & Kunci Inkubator Taman Bukit Dahlia

PASIR GUDANG, 3 Feb 2017

Y.A.B DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci Inkubator Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.

Projek Inkubator ini merupakan salah satu Projek Perbadanan Islam Johor yang hanya mengambil masa setahun untuk disiapkan.  Projek ini bertujuan menyediakan ruang pejabat sebagai tapak awal untuk usahawan baru negeri ini memulakan perniagaan selain pusat rujukan untuk tempoh 3 tahun kepada setiap peserta.

PIJ turut memberikan kadar sewa rendah iaitu RM 300 sebulan untuk tahun pertama. Ini dapat membantu usahawan muda menjadikan inkubator ini sebagai ‘start up’ perniagaan mereka.

Inkubator ini juga akan dijenamakan sebagai sebuah tapak awal perniagaan yang dikenali ramai terutamanya di Negeri Johor. Projek Inkubator di Bandar Baru Uda pula dijangka dibuka permononan untuk penyewaan sekitar kuarter kedua tahun 2017.

Selain itu, Tabung Waqaf Rakyat Johor juga turut menyertai majlis tersebut. Segala kutipan dan hasil dari inkubator ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Waqaf Rakyat Johor. Ini bertujuan banyak lagi projek-projek inkubator dapat diwujudkan di Negeri Johor ini.

Menariknya di Inkubator Taman Bukit Dahlia ini, pada sebelah malam akan diletakkan food truck-food truck pada setiap hari bagi membolehkan pengunjung dari luar merasai sendiri makanan dan suasana konsep dari food truck tersebut. Setiap hujung minggu pula, diwujudkan ‘Car Boot Sale’ bagi semua pengunjung mendapatkan barangan dengan harga yang sangat berpatutan.

Segala projek-projek ini tidak akan dapat dijalankan tanpa sokongan dari semua pihak. Terima kasih atas bantuan dan sokongan secara langsung atau tidak.

Teruskan berwaqaf di Tabung Waqaf Rakyat Johor dan menyokong Perbadanan Islam Johor, kemajuan kita adalah kemajuan bersama.

‘ Keteguhan Ekonomi Membangun Ummah ‘
‘ Membangun Swadaya Ummah ‘