Kerjasama Wakaf MAINJ dan Unit Waqaf PIJ

” Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia ”

Kerjasama Wakaf MAINJ dan Unit Waqaf PIJ
================================

Pertemuan antara Tabung Waqaf Rakyat Johor bersama Penolong Pengarah Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor, Ustaz Mohd Rilizam bin Rosli.

TWRJ diwakili oleh Pengurus Pembangunan Kanan, Menanggung Kerja Timbalan Pengurus Besar, Encik Azizi Redza bin Haji Zainal bagi membincangkan kerjasama antara dua unit dalam membangun dan menguruskan tanah wakaf di Negeri Johor.

Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan. Segalanya untuk kepentingan Rakyat Johor.

#MembangunSwadayaUmmah