Perbincangan Bersama Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia

Perbincangan Bersama Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia
(Federation of Malaysian Manufacturers-Johor Branch)

===============================

Tabung Waqaf Rakyat Johor telah mengadakan pertemuan dengan FMM Cawangan Johor. Pertemuan bermakna ini dihadiri oleh Capt (R) Haji Abdullah Shariff, Pengerusi FMM Johor, Miss Sim BS, Pengurus dan Eksekutif Sumber Manusia, Puan Nurafni Yante binti Zulkifli.

Alhamdulillah, satu langkah lagi telah dilakarkan. FMM Johor bersetuju untuk menjemput TWRJ dalam Mesyuarat Bersama Persatuan Sumber Manusia Negeri Johor pada bulan Mei 2017.

Semoga usaha memberi pendedahan umum kepada masyarakat tentang kepentingan berwaqaf ini terus diberkati.

Kepada Allah kita berserah, dan teruskan berwaqaf!

#MembangunSwadayaUmmah
#jomBerwaqaf