Artikel: Perbezaan Waqaf dan Sedekah

Perbezaan antara Waqaf dan Sedekah
============================

Waqaf
——-

Waqaf/wakaf adalah amalan menyerahkan harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk kegunaan umum masyarakat dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan syarat-syarat berikut:

1) Harta yang diwakafkan hendaklah berbentuk kekal sifatnya

2) Harta yang diwaqafkan tidak boleh dijual, diwarisi, ditarikbalik dan diwasiatkan kerana ia menjadi milik Allah S.W.T buat selama-lamanya

3) Ganjaran pahala pewaqaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakaf boleh diambil manfaatnya

4) Para fuqaha’ berpendapat bahawa waqaf adalah satu-satunya bentuk sedekah yang berbentuk jariah (berkekalan) kerana konsep wakaf adalah berkekalan sifatnya

Sedekah
———

Sedekah ialah amalan menyerahkan apa-apa bentuk harta benda kepada golongan fakir, miskin, anak yatim atau orang yang berhajat dengan ikhlas kerana Allah S.W.T tanpa mengharapkan balasan dan pemberi sedekah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T Sedekah boleh dilakukan dalam apa jua bentuk harta seperti makanan, pakaian, barangan, wang dan harta yang kekal .

Dalil Al-Quran yang menggalakkan amalan bersedekah ialah adalah seperti berikut:

“Dan yang dikatakan berbuat baik ialah orang yang memberikan harta yang dicintai kepada saudaranya yang miskin, anak-anak yatim, orang miskin, ibnu sabil dan orang yang berhajat” (Surah Al-Baqarah: 177)

Semoga amalan baik kita sentiasa diterima oleh Allah S.W.T

Sumber :
http://www.moreclass.com.my/perbezaan-waqaf-sedekah-hibah-…/

#jomberwaqaf
#membangunswadayaummah