Artikel: Johor Bina Kekuatan Ummah Melalui Wakaf
Johor bina kekuatan ummah melalui Wakaf
Johor bina kekuatan ummah melalui Wakaf sebagai Instrumen membangun ekonomi umat islam termasuk dalam bidang pendidikan dan keusahawanan dan kesihatan.
Apabila rakyat dan Kerajaan berganding bahu, untuk menyelesaikan kemaslahatan umum, maka pasti akan terjelmalah masyarakat terbaik. Alangkah indah dan menyenangkan, bila setiap Bangsa Johor, ikhlas menjalin keeratan yang tulus, di atas nama muafakat, demi melakukan amal dan kebaikan kepada masyarakat umum.
Tabung Waqaf Rakyat Johor ini juga adalah ikhtiar kita dalam menggunakan pelbagai model Islam untuk menyuburkan kebaikan di bumi Johor.Semoga dengan manfaat dari Tabung Wakaf ini nanti, akan lahirlah ilmuan-ilmuan terbaik. Yang akan menyumbang kepada kemajuan ilmu pengetahuan, penemuan sains dan teknologi serta penghasilan karya bermutu dan termaju.Akan terbinanya sekolah, universiti, hospital, rumah ibadat, perpustakaan, pasaraya, jalanraya, sistem pengairan, perumahan dan pelbagai lagi prasarana yang lebih baik. Demi kesejahteraan hidup yang selayaknya
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua hartawan dan dermawan yang telah berbesar hati memberikan sumbangan ikhlas ini. Semoga kita menjadi umat terbaik yang dijanjikan Allah di dalam Alquran. InsyaAllah
Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Besar Johor
Mei 2017