MAJLIS PELUNCURAN KEMPEN CABUTAN BERTUAH TABUNG WAQAF RAKYAT JOHOR TAHUN 2025/2026

PASIR GUDANG, 25 Sept — Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) yang ditubuhkan pada 07 November 2016 diurus selia oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dalam usaha untuk memperkasa agenda wakaf Negeri Johor telah meluncurkan Majlis Peluncuran Kempen Cabutan Bertuah Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) Tahun 2025/2026 bersempena majlis Maulidurrasul ini.
Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
Dengan wakaf bernilai serendah RM30, pewakaf berpeluang menyertai Kempen Cabutan Bertuah Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ). Antara hadiah menarik yang dibawa pulang oleh pewakaf yang bertuah bersempena pelancaran kempen adalah sebuah motosikal Yamaha, komputer riba HP dan jam pintar Garmin.
Turut hadir di majlis ini ialah Hajah Shubanah Yusuf, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor, Encik Abdul Malik Ismail, Pengarah Urusan PIJ Holdings, Tuan Haji Ulaimi Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, serta Encik Mohamed Zaki Atip, Pengarah Wilayah Bank Islam Johor.
Semoga agenda wakaf di Negeri Johor terus diperkasa dan diperkukuh demi kemaslahatan ummah.
“Wakaf adalah pemula kebaikan yang tidak pernah berakhir”

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1447H / 2025M ANJURAN BERSAMA PERBADANAN ISLAM JOHOR DAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

PASIR GUDANG, 25 Sept — Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dimeriahkan dengan kehadiran hampir seramai 1,700 tetamu.
Bagi menyemarakkan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W, majlis bermula dengan perarakan oleh anggota PIJ dan anak syarikat dalam kumpulan, tenaga pengajar dan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan.
Turut hadir di majlis ini ialah Hajah Shubanah Yusuf, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor, Encik Abdul Malik Ismail, Pengarah Urusan PIJ Holdings, Tuan Haji Ulaimi Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, serta Encik Mohamed Zaki Atip, Pengarah Wilayah Bank Islam Johor.