28 Mei, KOTA TINGGI –
Pengurus Besar PIJ, Hajah Shubanah Binti Yusuf telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Fidlot di Kota Tinggi dan Projek Pengurusan Sisa Terjadual di Pengerang, bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Lawatan ke ladang fidlot memberi pendedahan terhadap amalan terbaik dalam penternakan lembu secara sistematik dan meneroka potensi perniagaan dalam tanaman nappier disamping pemilihan lembu bagi tujuan pelaksanaan korban pada Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.
Manakala, lawatan ke tapak tanah industri dan tapak Projek Pengurusan Sisa Terjadual adalah bagi memantau perkembangan kemajuan projek tersebut. Projek ini dikawal selia oleh anak syarikat kumpulan PIJ iaitu PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.
Lawatan ini juga adalah merupakan inisiatif Pengurus Besar PIJ untuk ‘turun padang’ bagi melaksanakan pemantauan projek dengan lebih dekat, selaras dengan saranan YAB Menteri Besar Johor agar setiap agensi negeri proaktif dan bertanggungjawab dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan projek.
PIJ komited dalam memperkukuh ekosistem agroindustri Negeri Johor melalui pendekatan yang mampan, inovatif dan patuh syariah.