MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL OUTREACH INKLUSIF KEBOLEHPASARAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR (KOIKJ) TAHUN 2025

30 April, JOHOR BAHRU – Perbadanan Islam Johor (PIJ) sekali lagi dijemput menghadiri KOIKJ bertempat di pusat beli belah Toppen, Johor Bahru.
Pada majlis yang penuh bermakna ini, PIJ telah menyerahkan sumbangan dana bagi pelaksanaan Bilik Terapi Multisensori kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk 4 buah sekolah yang dijadikan projek perintis dalam pelaksanaan program tersebut.
Sekolah perintis yang terlibat adalah SK Dato’ Onn Jaafar Simpang Renggam, SK Benut, SK Peserai dan SAPK Johor Bahru. Penyerahan sumbangan berjumlah RM200,000.00 ini telah disempurkan oleh Pengurus Pembangunan Kanan, Tuan Haji Azizi Redza Bin Zainal selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ.
Semoga dengan pelaksanaan Bilik Terapi Multisensori ini membolehkan pelajar berkeperluan pendidikan khas mendapatkan pendidikan dalam suasana yang lebih kondusif dan efisyen.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1446H

23 April, JOHOR BAHRU – Perbadanan Islam Johor (PIJ) dengan kerjasama Anak Syarikat dalam Kumpulan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H bertempat di Bora-Bora Lake, Como Hall Sunway, Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor bertemakan ‘Horay Horey Raya’.
Kehadiran Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Islam Johor menambah seri dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PIJ dan Kumpulan pada tahun ini.
YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani dan YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid turut meluangkan masa untuk merakamkan gambar kenang-kenangan bersama kakitangan PIJ dan juga tetamu lain yang turut hadir memeriahkan majlis ini.
Majlis bermula seawal jam 11.00 pagi sehingga 3 petang dan dihadiri oleh tetamu dari pelbagai jabatan, syarikat dan individu.
Semoga majlis sambutan aidilfitri ini dapat memantapkan ukhuwah yang terjalin disamping menikmati hidangan juadah yang disediakan.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan PIJ

17 April, JOHOR BAHRU– Perbadanan Islam Johor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan PIJ Bilangan 1 Tahun 2025 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Perbadanan Islam Johor, Aras 3, Bangunan PIJ.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid.
Turut hadir, Ahli-ahli Jawatankuasa dan Pengurus Besar PIJ, Hajah Shubanah binti Yusuf.

PENYERAHAN KOTAK REZEKI BAGI PROGRAM JELAJAH ORANG JOHOR (JOJ) 2025

15 April, JOHOR BAHRU – Pengurus Besar, Hajah Shubanah Binti Yusuf telah hadir di Kompleks Penyayang Kempas bagi penyerahan 33 Kotak Rezeki kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKM), Tuan Haji Ahmad Hashim Bin Selamat. JKM adalah merupakan sekretariat JOJ bagi tahun 2025.
Untuk makluman, JOJ adalah program yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Program yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri ini adalah bertujuan untuk mengeratkan jalinan hubungan mesra antara pemimpin dan masyarakat setempat.
Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada penerima serta menzahirkan sokongan PIJ kepada program ini.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi

Premis Untuk Disewa

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡!
=================
PREMIS PIJ UNTUK DISEWA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Kepada semua penyewa-penyewa yang berminat, boleh terus berhubung dengan 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝘄𝗮𝗮𝗻 Perbadanan Islam Johor di talian sebagaimana berikut :
📞 𝟬𝟳-𝟯𝟯𝟲𝟵𝟮𝟬𝟬
⏰ 8.00pagi – 4.30petang (Isnin – Khamis)
🚩 Rehat (1.00 petang – 2.00 petang)
—————————————
⏰ 8.00pagi – 4.30 petang (Jumaat)
🚩 Rehat (12.15 petang – 2.45 petang)
Sekian, terima kasih.
#PremisSewaPIJ
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor

 

 

 

 

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN ISLAM JOHOR KE 95

14 Apr, JOHOR BAHRU – PIJ telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Islam Johor Ke 95 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Bangunan Perbadanan Islam Johor di Jalan Rebana, Kebun Teh.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor selaku Pengerusi PIJ.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan laporan kewangan, aktiviti serta prestasi PIJ. Selain itu, mesyuarat ini juga adalah bagi memastikan PIJ berfungsi dengan baik dan mencapai matlamat dan fungsi yang telah ditetapkan.
Turut hadir, Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pengurus Besar PIJ, Hajah Shubanah binti Yusuf. Hadir sama, barisan pengurusan tertinggi Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Semoga PIJ berupaya menjadi pemangkin kemajuan ekonomi yang positif dalam memajukan masyarakat Islam khususnya di Negeri Johor.