SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2024 HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU

27 OGOS 2024, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) telah menganjurkan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2024 bagi menghargai semua penderma darah yang sentiasa membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit.
Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2024 peringkat Negeri Johor telah disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. Dr. Haji Mokhtar bin Pungot@Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.
Perbadanan Islam Johor (PIJ) sebagai sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Johor sentiasa menyokong hasrat murni dan usaha agensi-agensi kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang kondusif kepada seluruh rakyat Negeri Johor. Atas komitmen berterusan dalam membantu kempen derma darah yang dijalankan, PIJ telah terpilih untuk menerima Anugerah Penghargaan Rakan Strategik Kempen Derma Darah bersempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2024 Peringkat HSAJB.
Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Haji Mokhtar bin Pungot@Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor kepada Encik Khirul Nizam Bit Mat Said, Timbalan Pengurus Besar selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ.
Semoga dengan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha murni menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KARNIVAL OUTREACH INKLUSIF DAN KEBOLEHPASARAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR (KOIKJ) TAHUN 2024

26 OGOS 2024, Perbadanan Islam Johor (PIJ) sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri Johor sentiasa memberikan komitmen dalam perkembangan Pendidikan Khas di Negeri Johor. Atas hasrat murni tersebut, PIJ telah menyumbangkan sejumlah RM400,000.00 dalam bentuk mesin E-Brelle Laptop For The Blind kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) melalui Program Bantuan Amal Jariah PIJ.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ kepada Tuan Haji Mohd Hanafi bin Samad, Pengarah Pendidikan Negeri Johor sambil disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Azman bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.
Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu lebih ramai pelajar berkeperluan pendidikan khas bagi mendapatkan pendidikan formal dalam suasana kondusif dan efisyen.