PEMBENTANGAN PELAKSANAAN BANTUAN PENERBITAN KITAB AGAMA DAN PENULISAN ILMIAH KERJASAMA PIJ DAN UTHM

Johor Bahru, 03 Julai – Perbadanan Islam Johor (PIJ) berkolaborasi dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam penghasilan naskhah berbentuk ilmiah sebagai salah satu cabang dari kegiatan melebarkan syiar Islam di Negeri Johor. Program ini adalh dibawah Program Penerbitan Kitab Agama dan Penulisan Ilmiah, Bantuan Amal Jariah PIJ.

Sesi ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ dan pembentangan telah disampaikan oleh Dr. Harliana binti Halim
Ketua Jabatan (Sains Sosial), Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum UTHM.

Kerjasama ini adalah bertumpu kepada projek penghasilan buku yang boleh diguna pakai sebagai bahan rujukan dimasa depan disamping memberi peluang kepada pihak UTHM dalam mengetengahkan hasil penulisan yang baik untuk diedarkan kepada rakyat Negeri Johor.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor

PEMBENTANGAN PELAKSANAAN BANTUAN EKONOMI BERASASKAN SYARIAH KERJASAMA PIJ DAN PIJM

Johor Bahru, 03 Julai –
Perbadanan Islam Johor (PIJ) bersama-sama PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. (PIJM) telah bekerjasama dalam melaksanakan program pemasaran daging sejuk beku halal dalam skala yang besar. Program ini adalah dibawah Program Ekonomi Berasaskan Syariah, Bantuan Amal Jariah PIJ.

Sesi ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ dan pembentangan program telah disampaikan oleh Puan Hajah Rahmah binti Sukhairi, Pengurus PIJM.

Program ini adalah suntikan kepada PIJM dalam bentuk peralatan kelengkapan perniagaan bagi melaksanakan pemasaran daging sejuk beku halal yang lebih luas meliputi pasar raya besar di Malaysia.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor

PEMBENTANGAN PELAKSANAAN BANTUAN KURSUS DAN RANCANGAN PERNIAGAAN KERJASAMA PIJ DAN SIRIM

Johor Bahru, 03 Julai – Perbadanan Islam Johor (PIJ) bersama-sama SIRIM merangka program bantuan khusus untuk usahawan yang berhasrat mendapatkan sijil Halal JAKIM. Program ini adalah dibawah Program Bantuan Kursus Kewangan dan Rancangan Perniagaan, Bantuan Amal Jariah PIJ.

Sesi ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ dan pembentangan program telah disampaikan oleh Puan Nurul Hayat binti Haji Abd Jalal, Timbalan Pengarah SIRIM Johor.

Sesi kursus ini adalah hasil kejayaan dari siri pertama program ini yang telah diadakan julung kalinya pada tahun 2021. Adalah besar hasrat PIJ agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang mempunyi sijil Halal seterusnya memudahkan mereka menembusi pasaran antarabangsa.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor