LAWATAN PENGURUS BESAR KE PERTIS DAN PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN AMAL JARIAH PIJ

14 Mac, Kuala Lumpur –
PIJ mengorak langkah baru dengan membantu dalam memudahkan sesi pembelajaran dengan menyumbang sebuah mesin percetakan braille kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

PIJ komited dalam membantu golongan kurang upaya bagi mempelajari ilmu Islam dengan lebih mendalam terutamanya dari segi bacaan Al Quran.

Pemberian mesin percetakan braille ini adalah bertujuan membantu pihak PERTIS untuk menambah kapasiti percetakan Al Quran Braille seterusnya dapat meningkatkan mutu pendidikan disamping membantu dalam perkembangan ilmu agama Islam bukan sahaja di Negeri Johor, malah di seluruh negara.

Upacara penyerahan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ kepada Encik Zamzuri bin Abdul Ghani, Pengurus Operasi PERTIS, disaksikan oleh Tuan Haji Zainuddin bin Haji Yahya, Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Persatuan Huffaz Malaysia dan Encik Khirul Nizam Bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ.

Semoga pemberian sumbangan ini memanfaatkan umat Islam dan sedikit sebanyak membantu dalam pengembangan ilmu agama Islam di seluruh negara.

#Pertis
#PersatuanOrangOrangCacatPenglihatanIslamMalaysia
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah