PROGRAM PENILAIAN DAN KESEDARAN KE ARAH PERSIJILAN HALAL

19 Jan, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) dengan kerjasama SIRIM Berhad buat julung kalinya menganjurkan Program Penilaian dan Kesedaran Ke Arah Persijilan Halal bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.

Program yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 19 dan 20 Januari 2022 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar PIJ, Encik Khirul Nizam bin Mat Said.

Program yang ditaja sepenuhnya oleh PIJ dengan kerjasama SIRIM Berhad sebagai pelaksana adalah merupakan salah satu Program Amal Jariah PIJ dalam usaha bagi membangunkan sektor keusahawanan berasaskan syariah di Negeri Johor.

Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan skop persijilan Halal.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor