Majlis Penyerahan Al-Quran Braille Tafsir ARRahman kepada Sekolah Pendidikan Khas dan cacat Penglihatan Islam Johor

Pada 23 Januari 2022, PIJ telah memberikan sumbangan Al-Quran Braille Tafsir Arrahman  kepada pelajar-pelajar, guru-guru Sekolah Pendidikan Khas dan orang-orang cacat penglihatan Islam Johor yang telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Johor di Hotel Thistle Johor Bahru.

Majlis ini telah dihadiri oleh En.Khirul Nizam bin Mat Said Timbalan Pengurus Besar PIJ dan Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal Pengurus Pembangunan Kanan PIJ.

 

Borang Permohonan Penyewaan

Borang permohonan penyewaan pejabat/rumah kedai/inkubator PIJ.

Sila muat turun & cetak borang di bawah. Lengkapkan sebelum hantar.

Klik disini :- Borang permohonan penyewaan

Ayuh Berwakaf Bersama Tabung Waqaf Rakyat Johor

Hanya scan sahaja kamera telefon bimbit anda atau menggunakan QR Code Reader bagi berwakaf secara dalam talian.

Membangun Swadaya Ummah.

#TabungWaqafRakyatJohor
#PerbadananIslamJohor

Jom Berwakaf Bersama TWRJ!

PROGRAM PENILAIAN DAN KESEDARAN KE ARAH PERSIJILAN HALAL

19 Jan, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) dengan kerjasama SIRIM Berhad buat julung kalinya menganjurkan Program Penilaian dan Kesedaran Ke Arah Persijilan Halal bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.

Program yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 19 dan 20 Januari 2022 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar PIJ, Encik Khirul Nizam bin Mat Said.

Program yang ditaja sepenuhnya oleh PIJ dengan kerjasama SIRIM Berhad sebagai pelaksana adalah merupakan salah satu Program Amal Jariah PIJ dalam usaha bagi membangunkan sektor keusahawanan berasaskan syariah di Negeri Johor.

Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan skop persijilan Halal.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor

Majlis Amanat Pengurus Besar PIJ & Sanjungan Budi Timbalan Pengurus Besar PIJ

Pada 6 Januari 2022 PIJ telah mengadakan majlis amanat Pengurus Besar PIJ untuk tahun 2022 dan majlis sanjungan budi Timbalan Pengurus Besar PIJ di Hotel Trove Johor Bahru.

Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed Pengurus Besar PIJ , En.Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Pegawai-pegawai Kanan PIJ, Kakitangan PIJ, IASB dan ICMC.

 

 

Sekalung Tahniah & Selamat Datang

SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG
Sekalung Tahniah diucapkan kepada Encik Khirul Nizam Bin Mat Said di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengurus Besar,Perbadanan Islam Johor yang baru.
Semoga PIJ terus berkembang maju di masa akan datang.
Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Azim Bin Haji Shamsuddin di atas khidmat bakti sebagai Timbalan Pengurus Besar, Perbadanan Islam Johor.
Semoga dipermudahkan dalam semua urusan dan tahniah di atas perlantikan sebagai Pentadbir Tanah Batu Pahat yang baru.
Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR
5 Jan, Iskandar Puteri – Perbadanan Islam Johor menyokong dan turut menyumbang dalam usaha yang digerakkan oleh Southern Volunteers dalam membantu mangsa-mangsa banjir.
Sumbangan disampaikan oleh Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed kepada YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia & Sukan Negeri Johor yang turut disaksikan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga mangsa-mangsa banjir terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Terima kasih kepada semua terutamanya Southern Volunteers yang berganding bahu, menyumbang masa dan tenaga bagi menjayakan misi bantuan ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. Insyaallah