Lawatan rumah sembelihan sementara YPJ Ladang Alaf

Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan anak syarikat, PIJ Holding Sdn Bhd (PIJH) telah mengadakan lawatan ke rumah sembelihan sementara milik YPJ di Kota Tinggi. Delegasi PIJ diketuai oleh Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ, manakala delegasi PIJH diketuai oleh Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd Shukor.

Selaras dengan Pelan Strategik PIJ 2021-2025, sasaran dalam memperkukuh sumber pendapatan PIJ adalah dengan pembangunan aktiviti penternakan berskala besar seperti penternakan lembu atau ayam. Sehubungan itu, fokus utama lawatan ini bertujuan untuk meninjau potensi rumah penyembelihan serta mempelajari prosedur dalam pemprosesan haiwan ternakan.

Semoga lawatan ini dapat memberikan input positif dalam pengurusan rumah sembelihan yang mematuhi syarak, selamat dan halal bagi manfaat masyarakat Islam di Johor khususnya pada masa akan datang dan perancangan pelan strategik PIJ tercapai.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor