Lawatan rumah sembelihan sementara YPJ Ladang Alaf

Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan anak syarikat, PIJ Holding Sdn Bhd (PIJH) telah mengadakan lawatan ke rumah sembelihan sementara milik YPJ di Kota Tinggi. Delegasi PIJ diketuai oleh Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ, manakala delegasi PIJH diketuai oleh Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd Shukor.

Selaras dengan Pelan Strategik PIJ 2021-2025, sasaran dalam memperkukuh sumber pendapatan PIJ adalah dengan pembangunan aktiviti penternakan berskala besar seperti penternakan lembu atau ayam. Sehubungan itu, fokus utama lawatan ini bertujuan untuk meninjau potensi rumah penyembelihan serta mempelajari prosedur dalam pemprosesan haiwan ternakan.

Semoga lawatan ini dapat memberikan input positif dalam pengurusan rumah sembelihan yang mematuhi syarak, selamat dan halal bagi manfaat masyarakat Islam di Johor khususnya pada masa akan datang dan perancangan pelan strategik PIJ tercapai.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Salam Maulidur Rasul 1443H

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”

[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Salam Maulidur Rasul kepada semua Umat Islam. Perbanyakkan selawat dalam kehidupan seharian bagi menunjukkan kecintaan kita pada Nabi Muhammad S.A.W.

Lawatan ke Ladang Kambau dan Sedili Kota Tinggi

Pada 5.10.2021 PIJ telah membuat lawatan ke ladang Kambau dan Sedili di Kota Tinggi bersama-sama dengan Tuan Haji Muzaldin bin Hj Mohamed – Pengurus Besar PIJ, Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abdul Shukor – Pengarah Urusan PIJ Holdings, En. Abdul Azim bin Shamsuddin – Timbalan Pengurus Besar PIJ serta Pegawai dan Kakitangan PIJ dan PIJ Holdings.

Waktu Operasi Pejabat PPN Fasa 2