Taklimat Wakaf bersama Jabatan Akauntan Negara


Alhamdulillah, selesai Taklimat Waqaf Melalui Potongan Gaji bertempat di level 7U, Bangunan Tabung Haji, Johor Bahru.

Taklimat disampaikan oleh Ust Nor Hisham bin Md Sawal yang mewakili Tabung Waqaf Rakyat Johor yang dihadiri oleh lebih 300 peserta.

Bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk bermalas-malasan. Sambutan yang menggalakan dari perserta membuktikan minat yang mendalam ingin mengetahui apa itu Tabung Waqaf Rakyat Johor dan projek yang dijalankan.

Alhamdulillah, penyertaan yang tidak dijangka oleh peserta. TWRJ berjaya mengutip
RM 2663.00 (Dua Ribu Enam Ratus Enam Pulih Tiga Ringgit) pada hari ini. Terima kasih atas dermawan dan penyertaan semua.

Sesungguhnya, semoga Allah SWT membalas budi baik pewaqaf dan menerima amalan kita semua. Syabas dan terima kasih!

#waqf
#jommengejarkeberkatanhidupdenganberwaqaf
#jomberwaqaf
#membangunswadayaUmmah