Taklimat di JKR Eletrik Negeri Johor


Iskandar Puteri, 15 Jun 2017 – Satu taklimat Pembangunan Waqaf Tunai oleh Tabung Waqaf Rakyat Johor telah diadakan bertempat di Kompleks JKR Johor 2, Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor.

Taklimat tersebut turut dihadiri oleh Encik Md Yazid bin Aris, Ketua Jurutera Elektrik JKR Negeri Johor yang turut diberikan borang J1-Potongan Gaji bagi Penjawat Awam Persekutuan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kesedaran berwaqaf amat subur. Sebanyak RM 480 berjaya dikutip dalam masa kurang dari 2 jam, hasil dari skim waqaf tunai ‘one-off’ menggunakan borang J2. Besar harapan agar bersempena bulan ramadhan ini, segala amalan dilipat-gandakan oleh Yang Maha Esa

.
#potonganGajiPenjawatAwam
#skimWaqafTunai
#waqf
#jommengejarkeberkatanhidupdenganberwaqaf
#JomBerwaqaf
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#TWRJOnline