SUMBANGAN KERUSI RODA DAN STRETCHER KEPADA ZOO JOHOR
11 Nov, Johor Bahru – Sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri Johor, Perbadanan Islam Johor (PIJ) terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) demi kemaslahatan rakyat Negeri Johor melalui Program Bantuan Amal Jariah PIJ.
PIJ telah menyumbangkan lima (5) buah kerusi roda dan satu (1) unit stretcher untuk kegunaan pengunjung Zoo Johor sebagai sebahagian daripada inisiatif membantu kemudahan awam yang lebih mesra dan inklusif.
Sesi penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Hajah Shubanah Binti Yusuf, Pengurus Besar PIJ kepada Zoo Johor yang telah diwakili oleh Encik Mohamad Amirul Bin Azmi, Pengurus Zoo Johor.
Sumbangan ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pengunjung, khususnya golongan warga emas, ibu bapa dengan anak kecil serta individu kelainan upaya (OKU) yang melawat Zoo Johor.








