MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN ISLAM JOHOR KE 96
13 Okt, JOHOR BAHRU – PIJ telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Islam Johor Ke 96 bertempat di Banquet Diamond 5, Tingkat 10, Hotel Holiday Villa, Johor Bahru, Johor.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor selaku Pengerusi PIJ.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan laporan kewangan, aktiviti serta prestasi PIJ. Selain itu, mesyuarat ini juga adalah bagi memastikan PIJ berfungsi dengan baik dan mencapai matlamat dan fungsi yang telah ditetapkan.
Turut hadir, Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pengurus Besar PIJ, Hajah Shubanah binti Yusuf. Hadir sama, barisan pengurusan tertinggi Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Semoga PIJ berupaya menjadi pemacu kemajuan ekonomi yang positif dalam memajukan masyarakat Islam khususnya di Negeri Johor.
YAB Onn Hafiz Ghazi
YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid