Sekitar Majlis Pecah Tanah Kompleks Perubatan Pakar serta Jamuan Hari Raya & Kumpulan Perbadanan Islam Johor
==============================

22 Julai, Johor Bahru – Jalan Tahana mula dikunjungi oleh para jemputan seawal jam 8.00 pagi. Warga kerja dan pengkhidmat Perbadanan Islam Johor (PIJ) serta kumpulan mengayakan baju melayu telok belanga dan berbaju kurung.

Jam 9.10 pagi dif-dif kehormat mula tiba dan ketibaan Y.A.B Dato’ Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor di sambut dengan bacaan selawat yang diketuai oleh Ustaz Meor Hazwan Mohd Rani, Pengurus Tabung Waqaf Rakyat Johor.

Majlis sampai ke kemuncaknya iaitu gimik Majlis Pecah Tanah Kompleks Perubatan Pakar oleh Y.A.B Dato’ Khaled bin Nordin, diiringi oleh Pengurus Besar PIJ, Tuan Haji Zulkiflee Abbas, Pengarah Kencana Healtcate Sdn Bhd, Dato’ Ahmad Raziff Abu Bakar dan turut disaksikan oleh Ketua Pengarah i Eksekutif MAIJ Hj Rofiki bin Dato’ Hj Shamsudin.

Penyerahan Kunci Inkubator PIJ Bandar Baru Uda turut disempurnakan diikuti Penyampaian Bantuan Belia PIJ. Golongan asnaf tidak dilupakan dengan penyampaian sumbangan duit raya oleh Y.B Tuan Haji Mutalip bin Abd Rahim, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor.

Majlis turut diserikan dengan bacaan nyanyian dan qasidah oleh Q-Team Buskers. Majlis berjalan meriah dan lancar. Terima kasih kepada semua yang sudi menyumbang tenaga, masa mahupun wang ringgit dalam menjayakan majlis ini.

Berita Jauhar: http://jauhar.my/wakaf-instrumen-imbangi-peranan-kerajaan/

#TabungWaqafRakyatJohor
#PerbadananIslamJohor
#potonganGajiPenjawatAwam
#skimWaqafTunai
#waqf
#jommengejarkeberkatanhidupdenganberwaqaf
#JomBerwaqaf
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#TWRJOnline