LAWATAN KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SENAI, JOHOR BAGI PROMOSI TABUNG WAQAF RAKYAT JOHOR (TWRJ)

JOHOR BAHRU, 4 September – Delegasi Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) yang diuruskan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) diketuai oleh Pengurus Besar, Hajah Shubanah binti Yusuf telah mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Turut hadir, Tuan Haji Rudy Rizal, Timbalan Pengurus Besar dan Tuan Haji Azizi Redza, Pengurus Pembangunan Kanan.
TWRJ sedang giat menjalankan promosi bagi menggalakkan lagi orang ramai berwakaf di TWRJ. Sehubungan itu, TWRJ meluaskan pelaksanaan program promosi di beberapa platform pengiklanan yang terdapat di lapangan terbang tersebut.
Semoga dengan usaha ini dapat menggalakkan lagi lebih ramai masyarakat untuk berwakaf sekaligus mengukuhkan lagi pembangunan wakaf di Negeri Johor selaras dengan objektif wakaf TWRJ.