KEMUNCAK KEMPEN JOM BERWAKAF | CABUTAN BERTUAH TWRJ

20 JAN, Johor Bahru – Detik yang dinanti akhirnya tiba! Kempen Cabutan Bertuah TWRJ bagi cabutan akhir telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Mufti Negeri Johor.
Cabutan tersebut telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Y.B. Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan TWRJ, bersama Pengurus Besar PIJ, Hajah Shubanah binti Yusuf selaku Timbalan Pengerusi, serta barisan Ahli Lembaga Pengurusan TWRJ.
Lebih istimewa, keseluruhan proses cabutan telah disiarkan secara LIVE BROADCAST menerusi Facebook Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Facebook Tabung Wakaf Rakyat Johor (TWRJ).
Hadiah menarik telah dimenangi oleh para pemenang, antaranya:-
🏍️Hadiah Utama – Motosikal Jenama Yamaha Model Ego x 2
🪙 Hadiah Kedua – Syiling Dinar Emas x 5
Antara Hadiah Cabutan Lain:-
📺 Smart TV Jenama Hisense x 2
📱 Smartphone Jenama Samsung x 2
⌚ Smartwatch Jenama Garmin x 1
🍳 Air Fryer Jenama Midea x 2
🌀 Kipas Berdiri Jenama Midea x 2
🎉 Tahniah kepada semua pemenang!
Terima kasih kepada semua pewakaf yang terus menyokong TWRJ.
Wakaf anda, manfaatnya berpanjangan untuk ummah.