TINJAUAN AMBULANS DI TELUK PANGLIMA GARANG, SELANGOR

10 September, Selangor – Perbadanan Islam Johor telah membuat tinjauan ke atas ambulans oleh Syarikat AVP Engineering (M) Sdn. Bhd. Tinjauan ini adalah bagi mendapatkan penerangan khusus dan lebih jelas berkaitan fungsi dan jenis-jenis ambulans yang digunakan oleh hospital di Malaysia.
Tinjauan ini telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Rudy Rizal bin Mohd Hanapi, Timbalan Pengurus Besar PIJ, selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ bersama Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

LAWATAN KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SENAI, JOHOR BAGI PROMOSI TABUNG WAQAF RAKYAT JOHOR (TWRJ)

JOHOR BAHRU, 4 September – Delegasi Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) yang diuruskan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) diketuai oleh Pengurus Besar, Hajah Shubanah binti Yusuf telah mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Turut hadir, Tuan Haji Rudy Rizal, Timbalan Pengurus Besar dan Tuan Haji Azizi Redza, Pengurus Pembangunan Kanan.
TWRJ sedang giat menjalankan promosi bagi menggalakkan lagi orang ramai berwakaf di TWRJ. Sehubungan itu, TWRJ meluaskan pelaksanaan program promosi di beberapa platform pengiklanan yang terdapat di lapangan terbang tersebut.
Semoga dengan usaha ini dapat menggalakkan lagi lebih ramai masyarakat untuk berwakaf sekaligus mengukuhkan lagi pembangunan wakaf di Negeri Johor selaras dengan objektif wakaf TWRJ.

MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PIJ TAHUN 2025

26 Ogos , JOHOR BAHRU – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Maulidur Rasul PIJ Tahun 2025 Bilangan 1 di Bilik Mesyuarat Insist Amilat Sdn. Bhd. Mesyuarat ini melibatkan beberapa agensi luar iaitu Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam, Bank Islam, Media Digital Johor, BEST FM dan PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. Turut dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah Kempen Cabutan Bertuah Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) yang akan berlangsung pada bulan September.

MENOLAK BUDAYA BULI, MEMBINA MASYARAKAT HARMONI

PIJ menyokong dengan teguh menolak budaya buli, membina masyarakat harmoni.
PIJ menyatakan sokongan penuh terhadap Kempen Hentikan Buli yang sedang digerakkan di seluruh Negeri Johor. PIJ juga percaya bahawa buli bukan sahaja mencederakan fizikal dan emosi mangsa, malah menjejaskan keharmonian masyarakat.
Bersama kita pastikan Johor bebas daripada budaya buli demi kesejahteraan rakyat.
𝗛𝗘𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗜, 𝗕𝗨𝗟𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TUKANG KASUT PERBADANAN ISLAM JOHOR TAHUN 2025

21 Ogos, JOHOR BAHRU – Majlis Penyerahan Replika Cek bagi Program Pembangunan Usahawan Tukang Kasut PIJ Tahun 2025 telah berlangsung di Bilik Seminar Perdana, PUJB.
Timbalan Pengurus Besar PIJ, Tn Hj Rudy Rizal bin Mohd Hanapi telah hadir selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ manakala pihak PUJB telah diwakili oleh Tn Hj Mohd Radzi bin Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif PUJB
Pada tahun ini, seramai 25 orang peserta telah terpilih untuk menerima bantuan ini dimana setiap peserta bukan sahaja diajar teori berkaitan pemasaran produk dan pengurusan perakaunan yang efisyen, malah setiap peserta juga menerima peralatan / mesin untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.
Sebagai sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Johor, PIJ komited dalam mengembangkan sektor keusahawanan khususnya di Negeri Johor agar dapat merancakkan ekonomi Negeri Johor secara amnya.
Semoga dengan adanya bantuan seperti ini, lebih banyak usahawan yang berdaya saing pada masa akan datang.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PENCETAK OLEH PERBADANAN ISLAM JOHOR KEPADA PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

14 Ogos, Pasir Gudang – PIJ telah dijemput menghadiri Majlis Sumbangan Pencetak kepada pelajar PIS pada 14 Ogos 2025 bertempat di Restoran Baiduri, Politeknik Ibrahim Sultan.
Majlis ini juga adalah apresiasi PIS kepada PIJ di atas sumbangan bantuan kepada Tabung Kebajikan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) . Majlis dihadiri oleh Pengurus Besar PIJ, Hajah Shubanah binti Yusuf.

Penyerahan Bantuan Peralatan Perubatan Kepada Pemohon Bantuan Perubatan PIJ Di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat

28 Julai 2025, Batu Pahat – Penyerahan Bantuan Peralatan Perubatan Kepada Pemohon Bantuan Perubatan PIJ Di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui inisiatif Bantuan Amal Jariah telah menyumbangkan beberapa peralatan perubatan kepada 4 orang penerima bantuan perubatan.
Sesi Penyerahan Kerusi Roda telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rudy Rizal bin Mohd Hanapi, Timbalan Pengurus Besar, PIJ selaku wakil rasmi Pengurus Besar, PIJ.
Semoga dengan pemberian sumbangan ini, sedikit sebanyak boleh membantu melancarkan serta memudahkan urusan harian penerima bantuan perubatan.

TERAS 06 : ORANG MUDA JOHOR, INISIATIF 08 : KEMUDAHAN FASILITI SMART BOARD

26 Jun, JOHOR BAHRU – Pengurus Besar PIJ, Hajah Shubanah binti Yusuf telah hadir ke Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Johor Bahru bagi sesi penyerahan Bantuan Smart Board 75 Inci kepada sekolah berkenaan.
Melalui Belanjawan Johor 2025 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, 8 buah SRAB akan menerima satu unit Smart Board 75 Inci untuk setiap sekolah.
Semoga dengan sumbangan ini akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi sekolah berkenaan, seterusnya melahirkan generasi yang lebih berinteraktif dengan teknologi.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi

SESI RAKAMAN UCAPAN BAGI SIARAN DI BEST FM JOHOR

29 Mei 2025 – Telah berlangsung sesi rakaman bersama Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Fared Bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor.
Sesi rakaman ucapan merangkumi Ucapan Aidiladha 1446H telah diadakan di pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
Turut hadir, Hajah Shubanah binti Yusuf, Pengurus Besar PIJ.

LAWATAN TAPAK PENGURUS BESAR KE LADANG FIDLOT, KOTA TINGGI & PROJEK PENGURUSAN SISA TERJADUAL, PENGERANG

28 Mei, KOTA TINGGI –
Pengurus Besar PIJ, Hajah Shubanah Binti Yusuf telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Fidlot di Kota Tinggi dan Projek Pengurusan Sisa Terjadual di Pengerang, bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Lawatan ke ladang fidlot memberi pendedahan terhadap amalan terbaik dalam penternakan lembu secara sistematik dan meneroka potensi perniagaan dalam tanaman nappier disamping pemilihan lembu bagi tujuan pelaksanaan korban pada Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.
Manakala, lawatan ke tapak tanah industri dan tapak Projek Pengurusan Sisa Terjadual adalah bagi memantau perkembangan kemajuan projek tersebut. Projek ini dikawal selia oleh anak syarikat kumpulan PIJ iaitu PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.
Lawatan ini juga adalah merupakan inisiatif Pengurus Besar PIJ untuk ‘turun padang’ bagi melaksanakan pemantauan projek dengan lebih dekat, selaras dengan saranan YAB Menteri Besar Johor agar setiap agensi negeri proaktif dan bertanggungjawab dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan projek.
PIJ komited dalam memperkukuh ekosistem agroindustri Negeri Johor melalui pendekatan yang mampan, inovatif dan patuh syariah.