KEMUNCAK KEMPEN JOM BERWAKAF | CABUTAN BERTUAH TWRJ
20 JAN, Johor Bahru – Detik yang dinanti akhirnya tiba! Kempen Cabutan Bertuah TWRJ bagi cabutan akhir telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Mufti Negeri Johor.
Cabutan tersebut telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Y.B. Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan TWRJ, bersama Pengurus Besar PIJ, Hajah Shubanah binti Yusuf selaku Timbalan Pengerusi, serta barisan Ahli Lembaga Pengurusan TWRJ.
Lebih istimewa, keseluruhan proses cabutan telah disiarkan secara LIVE BROADCAST menerusi Facebook Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Facebook Tabung Wakaf Rakyat Johor (TWRJ).
Hadiah menarik telah dimenangi oleh para pemenang, antaranya:-
Antara Hadiah Cabutan Lain:-
Terima kasih kepada semua pewakaf yang terus menyokong TWRJ.
Wakaf anda, manfaatnya berpanjangan untuk ummah.
















