Entries by admin

Bengkel Perolehan

Pada 21 Julai 2020, PIJ telah mengadakan Bengkel Perolehan di Bilik Mesyuarat PIJ, Kebun Teh. Penceramah undangan adalah Pn.Salina bt Abd Wahab dari JKR Johor. Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PIJ, PIJ Holdings, ICMC dan Insist Amilat Sdn Bhd. Semoga ilmu yang diterima dapat dimanfaatkan kepada jabatan masing-masing.    

Jom Outing – Kulim Eco-Trail Retreat

Pada 12 Julai 2020, PIJ telah mengadakan program Jom Outing ke Kulim Eco-Trail Retreat Ladang Basir Ismail, Kota Tinggi. Program ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar PIJ dan 35 orang Pegawai dan kakitangan PIJ  serta wakil daripada Pejabat Daerah Kulai dan PIJ Holdings. Antara aktiviti yang diadakan adalah kayuhan basikal, lead of faith, panjat dinding […]

Bengkel Pelan Strategik PIJ

Pada 6-8 Julai 2020, PIJ telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik PIJ yang telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PIJ di Fraser Place Puteri Habour . Penceramah adalah daripada SIRIM QAS iaitu En. Mohd Nasim bin Zakaria.

Sumbangan Tabung Bencana Johor – Covid-19

Pada 25 Mac 2020 PIJ telah menyerahkan sumbangan untuk Tabung Bencana Negeri Johor – COVID-19 sebanyak RM200,000 kepada Menteri Besar Johor yang diserahkan oleh Y.B Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor dan Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd Shukor, Pengurus Besar PIJ di Pejabat Menteri Besar Johor.  

Lawatan Y.B Exco Agama ke PIJ

Pada 6 Januari 2020, Y.B Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Exco Agama Negeri Johor telah mengadakan lawatan ke Pejabat Perbadanan Islam Johor dan anak syarikat PIJ Insist Amilat Sdn Bhd di Bangunan PIJ Kebun Teh.

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W PIJ Dan Kumpulan 1441H

Pada 12.12.2019 PIJ dan Kumpulan telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1441H, bertempat di Masjid Jamek Kg. Kurnia. Penceramah undangan adalah Y.Bhg Dato’ Kazim Elias. Ribuan  terima kasih kepada semua kakitangan PIJ dan Kumpulan serta muslimin muslimat yang hadir memeriahkan majlis ini. Berikut gambar kenangan ketika program berlansung.

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1441H

Assalamualaikum kepada rakyat Johor, Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441H anjuran Perbadanan Islam Johor dan Kumpulan akan diadakan pada 12 Disember 2019 jam 8.30 pagi bertempat di Masjid Jamek Kg.Kurnia, Johor Bahru. Penceramah undangan khas adalah Y.Bhg Dato  Kazim Elias. Semua Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Belanjawan Johor 2020

Seramai hampir 3.8 juta penduduk Johor bakal menerima berita gembira yang dinanti-nantikan tidak lama lagi. Jangan lupa ikuti PEMBENTANGAN BELANJAWAN JOHOR 2020, secara “LIVE” menerusi beberapa saluran rasmi media sosial yang terpilih, antaranya: Akaun Facebook Menteri Besar Johor di https://www.facebook.com/drsahruddinjamal/ Laman sesawang Kerajaan Johor di https://www.johor.gov.my/ Akaun Facebook Astro Awani di https://www.facebook.com/astroawani/ Atau di mana-mana […]