Kenyataan Tawaran Sebutharga

Pelawaan adalah terbuka kepada kontraktor yang berdaftar dengan SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB.

Dokumen Sebut Harga boleh di perolehi di Pejabat Perbadanan Islam Johor (PIJ) yang beralamat di T3.1 Bangunan PIJ, Jalan Rebana, Kebun Teh.

Tertakluk terma dan syarat.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

 

PROGRAM KURNIAAN SUMBANGAN BERAS YAYASAN SULTAN IBRAHIM

Menjunjung kasih DYMM Sultan Johor, dibawah Sultan Ibrahim Johor Foundation telah berkenan untuk mengurniakan beras bagi diagihkan kepada rakyat yang kurang berkemampuan di seluruh Negeri Johor.
Perbadanan Islam Johor (PIJ) tidak terkecuali dalam pengagihan beras tersebut dimana terdapat dua keluarga angkat yang mendapat bantuan terus dari PIJ. Selain beras, makanan kering berupa biskut, roti, minyak masak turut disumbangkan oleh PIJ.
Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ bersama Encik Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ dan Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ.
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim sentiasa cakna dan menitikberatkan kebajikan rakyatnya terutamanya susulan kenaikan harga barangan keperluan asas seperti beras yang kini menjadi keresahan dan keluhan rakyat.
Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Allah Peliharakan Sultan.
Allah Berkati Johor.

BENGKEL PENYELARASAN DAN PEMANTAPAN PROGRAM INTRVENSI TAHFIZ (SPM) MODEL BEKOK PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023

KOTA TINGGI, 12 Oktober – Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor telah mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Pemantapan Program Intervensi Tahfiz (SPM) Model Bekok Peringkat Negeri Johor 2023 yang telah diadakan di TS Beach Resort, Kota Tinggi, Johor.
Program ini dihadiri oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pejabat Pendidikan Daerah, SMK Bekok Segamat, SMK Benut, SMK Simpang Renggam dan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI). Turut hadir Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ, Tn. Hj. Md Lukmanulhakim Bin Mashadi, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pendidikan Islam) dan Prof. Madya Dr. Hussin Salamon, Rektor KUIJSI.
Matlamat Program Intervensi Tahfiz (SPM) Model Bekok ini bertujuan membantu pelajar-pelajar tahfiz swasta melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi secara formal dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. PIJ melalui TWRJ telah menaja Program Intervensi Tahfiz (SPM) Peringkat Negeri Johor sejak dari tahun 2018 sehingga kini kepada 3 buah sekolah.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi menyelaras dan memantapkan lagi sistem pengajaran dan memberi pendedahan serta kemahiran yang tinggi kepada pelajar-pelajar tahfiz.
Selain itu, program ini bertujuan berkongsi amalan baik yang boleh digunapakai oleh semua dalam melancarkan lagi program intervensi tahfiz ini.
Harapan PIJ pada masa akan datang adalah setiap daerah dalam Negeri Johor dapat menjalankan program ini supaya lebih ramai pelajar-pelajar tahfiz mendapat pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), InsyaAllah.

Bantuan Pengajian Tinggi – Bantuan Mesin Pencetak

PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI PIJ

Permohonan bantuan secara one-off untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Bantuan ini adalah merupakan salah satu inisiatif PIJ dalam meringankan beban bagi pelajar kurang berkemampuan yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Sila muat turun & cetak borang di bawah. Lengkapkan sebelum dihantar.

 

  Muat Turun Borang:

Skim Bantuan Mesin Pencetak

Kenyataan Tawaran Sebutharga Pelupusan Aset Alih

Kenyataan Tawaran Sebutharga_Pelupusan Honda Accord

Kenyataan Tawaran Sebutharga_Pelupusan Perodua Alza