PERMULAAN DIASASKAN

Pada 21 Disember 1955, penduduk-penduduk di kawasan Kampung Tampok telah mengadakan mesyuarat dan membentuk sebuah jawatankuasa penaja bagi mengendalikan kelas pembelajaran agama yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Ahli-ahli jawatankuasa menamakan kelas tersebut sebagai "Balai Agama". Seterusnya, setelah setahun kelas itu dijalankan, pada 20 Disember 1956 ia ditukarkan kepada Al Madrasatul Bugisiah Littarbiayatil Islamiah Tampok, mengambil sempena hartawan-hartawan dan dermawan dari kalangan orang-orang Bugis yang menyumbang harta dan tenaga untuk membina sebuah madrasah.

BANGGUNAN

Pada 21 Disember 1956 kelas terpaksa ditumpangkan sementara di rumah Allahyarham Haji Mahdi bin Sekuni yang terletak di Pekan Tampok.
Pada 14 April 1957, kelas dipindahkan ke bangunan baru yang berharga sekitar RM 20,000.00 hasil kutipan derma daripada dermawan tempatan yang dilancarkan oleh ahli-ahli jawatankuasa sekolah. Ia dibina atas sebidang tanah seluas 1.5 ekar yang diwakafkan oleh Tuan Haji Mustaffa Bin Haji Daeng Mabela. Bangunan ini boleh menampung seramai 150 orang pelajar dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pontian.
Pada bulan Julai 1964, Ahli-ahli jawatankuasa memohon satu peruntukan sebanyak RM 20,000.00 kepada Tuan Pegawai Pembangunan Luar Bandar Daerah Pontian bagi membina sebuah bangunan satu tingkat yang boleh menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Permohonan itu telah diluluskan dan siap dibina pada Januari 1965 dan dirasmikan


PELAJAR

Pada peringkat permulaan, hanya 40 orang pelajar lelaki, untuk beberapa tahun awal penubuhan masih tidak lagi menerima pelajar perempuan. Pengambilan pelajar perempuan hanya dibuka pada tahun 1959 setelah pihak sekolah menerima rayuan dari masyarakat setempat.
Berbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak sekolah untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk bersekolah di sekolah ini. Antaranya dengan mengadakan taklimat-taklimat disekitar Pontian dan Batu Pahat. Selain itu pihak sekolah juga turut menghantar surat siaran ke sekolah-sekolah agama dan kebangsaan serta mendapat bantuan dari ketua-ketua kampung. Dengan usaha murni tersebut bilangan pelajar semakin bertambah dari tahun ke tahun.

TENAGA PENGAJAR

Peringkat awal penubuhan sekolah ini hanya mempunyai seoramg tenaga pengajar, dan beliau bertugas secara bersendirian sehingga tahun 1960 iaitu sehingga kehadiran seorang lagi guru bagi menampung penambahan bilangan pelajar. Penambahan pelajar dari masa ke masa kerana senario pendidikan agama yang semakin diminati oleh masyarakat menyebabkan akhirnya tenaga pengajar di tambah.