Selamat Datang Ke Laman Web Sekolah,

Salam Sejahtera,

Kedatangan anda ke laman web ini amat dialu-alukan. Ini merupakan laman web kami yang pertama kalinya disiarkan untuk tatapan dan sumber maklumat mengenai sekolah kami.
Segala cadangan, komen dan pandangan yang bernas bolehlah anda kemukakan kepada kami untuk memperbaiki mutu dan tingkat upaya laman web ini.
Sekian, terima kasih.

Pengendali Web.

 

INFO RINGKAS

SMA Bugisiah baru-baru ini menjadi perhatian apabila dikunjungi oleh Timbalan Presiden Indonesia, Bapak Jusof Kala dan Isteri pada 6hb Mei 2005 bagi menjayakan program Serumpun Sebudaya. Keunikan nama' BUGIS' menjadi jolokan dan tarikan sekolah ini dijadikan tempat kunjungan.

Pada 24 Jun 2005 sekali lagi sekolah ini menjadi tempat persingahan dan penginapan konvoi TMJ. Kedua-dua kunjungan ini merupakan satu penghargaan kepada SMA Bugisiah.