Sejarah SMAAM


Sekolah Agama Arab Mersing mula ditubuhkan pada tahun 1951 menggunakan nama 'SEKOLAH AL-QURAN' dan merupakan sekolah agama rakyat yang menggunakan 'Bahasa Arab' sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Pada peringkat awal, bangunan sekolah ini merupakan sebuah rumah kedai papan yang disewa di Jalan Tengah Mersing ( sekarang Jalan Awang Daik).

Pada tahun 1953, sekolah ini telah dipindahkan ke sebuah surau berdekatan dan mula memiliki sebuah bangunan dan sebidang tanah sendiri yang diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Seikh Awath Bin Muhammad. Dalam tahun 1958, bangunan separuh batu telah diubahsuai menjadi bangunan sekolah. Selaras dengan itu nama sekolah juga telah ditukar kepada 'Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing'.

Dengan jasa baik dan bantuan kerajaan, pada tahun 1968, sebuah bangunan yang mengandungi 4 bilik darjah telah disiapkan. Bangunan lama dijadikan bilik perpustakaan. Pada tahun 1969, Madsrasah ini didaftarkan secara rasmi di bawah Peraturan Pendaftaran Sekolah-Sekolah Arab Negeri Johor. Pada tahun 1975, atas desakan keperluan tempat tinggal, bangunan yang dijadikan bilik perpustakaan sekali lagi diubah menjadi Asrama Puteri sementara.
Pada tahun 1976, perkembangan pelajaran dilaksanakan di mana mata pelajaran akademik telah diserapkan. Berikutan dengan itu pada tahun 1978, pelajar-pelajar Madrasah ini telah menduduki dua jenis peperiksaan :-

Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran
( SRP ) di tahun 3 persekolahan

Peperiksaan Syahadah I’dadi
di tahun 4 persekolahan ( akhir tahun )


Sejajar dengan pertambahan bilangan pelajar, pertambahan bilik darjah juga diperlukan untuk memberi keselesaan kepada pelajar. Oleh itu pada tahun 1989, dengan bantuan pelbagai pihak sebuah lagi bangunan mengandungi 4 bilik darjah telah didirikan.

Pada tahun 1994, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor telah memendekkan tempoh pengajian di peringkat I’dadi dari 4 tahun kepada 3 tahun. Ini bermakna pelajar-pelajar akan menghadapi peperiksaan SRP dan Syahadah I’dadi ( sekarang Sijil Menengah Rendah Agama ) serentak iaitu pada tahun 3 persekolahan . Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah ini juga dikenali dengan nama 'Sekolah Menengah Agama Arab Mersing ( SMAAM ).'

Pada tahun 2000, SMAAM terus melakukan perubahan dengan mewujudkan tingkatan 5 ( 2 Thanawi). Ini bermakna pelajar-pelajar akan memperolehi 4 sijil dalam tempoh yang singkat iaitu :-

Tingkatan 3
- PMR ( Penilaian Menengah Rendah )
- SMRA (Sijil Menegah Rendah Agama)

Tingkatan 5
- SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia )
- SMA ( Sijil Menengah Agama )


Kegigihan Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah di dalam membangunkan sekolah melalui pelbagai usaha yang dijalankan telah berjaya menarik keprihatinan Jabatan Agama Johor untuk membantu membangunankan institusi ini. Natijahnya pada tahun 2002, Jabatan Agama Johor memperuntukkan hampir RM2 juta untuk projek pembinaan bangunan tambahan Sek. Men. Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing. Projek ini dijangkan siap sepenuhnya pada September 2003.


Pada tahun 2001, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor melakukan usaha mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan meminda secara berperingkat sistem peperiksaan SMRA dan SMA. Natijahnya mulai tahun 2003, para pelajar sekolah-sekolah Menengah Agama Arab Negeri Johor Akan menduduki peperiksaan seperti di bawah::-

Tingkatan 1 : Peperiksaan Intensif Bahasa
Tingkatan 2 : Peperiksaan SMRA
Tingkatan 3 : Peperiksaan PMR
Tingkatan 4 : Peperiksaan SMA
Tingkatan 5 : Peperiksaan SPM


Pelajar-pelajar tingkatan 5 mempelajari sebahagian dari subjek STAM (Sijil Tinggi Agama) sebagai persiapan ke Maahad Johor disamping memberi tumpuan kepada SPM.


Mulai tahun 2002, Sekolah Menengah Agama Arab Mersing telah dipilih untuk melaksanakan Kelas Tahfiz Al-Quran yang dibiayai sepenuhnya oleh JAIJ bermula dari pelajar Tingkatan Satu.

Pada tahun 2003, jumlah pelajar yang mengikuti kelas tahfiz ini :-

Tingkatan Satu : 26 orang
Tingkatan Dua : 19 orang

Perancangan yang sedang dilakukan oleh Sekolah Menengah Agama Arab Mersing adalah untuk mendirikan asrama pelajar putera dan puteri yang lebih selesa dan bangunan yang memberikan pelajar ruang belajar yang lebih baik.

     

 

 Perutusan Pengetua

 Prasarana Smaam

  • Surau
  • Makmal komputer
  • Makmal sains
  • Asrama

 Dalam Kenangan

  •   1951
  •   1965
  •   1968
  •   1984
  •   2004

 

 

 

 

 
   
Guru-guru         Pengenalan        Takwim         Organisasi         Hubungi
 
 
       
Disediakan oleh: SMAAM