Syarat-syarat Bantuan

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BANTUAN
KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA RAKYAT

ASAS PEMBERIAN BANTUAN: -

a. Kebanyakkan sekolah-sekolah agama arab ini keadaannya amat daif dan
di dalam keadaan serba kekurangan.

Sumber kewangan Sekolah-Sekolah adalah dari yuran sekolah semata-mata
dengan dibantu oleh sedikit bantuan kerajaan (Kementerian Kewangan,
Kementerian Pendidikan atau Jabatan Agama) dan juga sumbangan orang
ramai bagi membiayai pengurusan dan penyelenggaraan sekolah.
Sehubungan dengan itu adalah wajar sekolah-sekolah ini dibantu dari segi
kemudahan-kemudahan asas untuk keselesaan para pelajarnya.

SYARAT-SYARAT PEMBERIAN BANTUAN: -
a. Sekolah mestilah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan
disenaraikan sebagai Sekolah Agama Swasta Kerajaan Negeri Johor.
b. Kurikulum yang dijalankan menepati dengan dasar pendidikan Negara dan
Jabatan Agama Johor.
c. Bagi tujuan bantuan bangunan Sekolah, hendaklah didirikan di tanah yang
mempunyai status yang disahkan sebagai wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor.
d. Bagi sekolah yang terpaksa menyewa ruang bangunan milik persendirian,
bantuan yang dipertimbangkan adalah untuk tujuan kemudahan peralatan bantuan
mengajar dan lain-lain selain daripada bangunan. Bukti dokumen perjanjian
sewaan bangunan untuk tujuan sekolah Agama Swasta hendaklah disertakan sekali.
e. Permohonan hendaklah disokong dengan bukti-bukti yang sah.
f. Jumlah peruntukan bantuan bergantung kepada keupayaan Perbadanan.
g. Lain-lain perkara bergantung kepada budi bicara Pengurus Besar.

Penafian : Pihak Kerajaan tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami semasa melayari laman web ini.