Syarat-syarat Bantuan

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BANTUAN
PELAJARAN KE IPTA DALAM DAN LUAR NEGERI

OBJEKTIF BANTUAN :-
a. Skim ini disediakan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang menghadapi masalah kewangan bagi meneruskan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi. Bantuan ini adalah sebagai mengurangkan beban kos pembelajaran diawal pendaftaran kerana pada kebiasaannya biasiswa atau pun pinjaman pelajaran belum diperolehi lagi.

SYARAT-SYARAT PEMBERIAN BANTUAN:-
a. Permohonan mestilah anak jati Negeri Johor (menetap sekurang-kurangnya 3 tahun di
    Negeri Johor).
b. Pemohon adalah dari kalangan berpendapatan rendah iaitu pendapatan bersih
    penjaga tidak melebihi RM1,500 sebulan serta mempunyai tanggungan yang ramai.
c. Pemohon adalah yang mengambil kursus Ijazah pertama atau Diploma sahaja.
d. Hanya Institut Pengajian Awam (IPTA) sahaja yang layak memohon.
e. Pemohon merupakan tahun pertama pengajian dan bukan di kalangan yang
    sudah/sedang berkhidmat.
f. 20 IPTA yang diiktiraf adalah seperti berikut :
    i)
     Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
    ii)     Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
    iii)    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    iv)    Universiti Malaya (UM)
    v)     Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
    vi)    Universiti Malaysia Pahang (UMP)
    vii)   Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
    viii)  Universiti Malaysia Sabah (UMS)
    ix)    Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS)
    x)     Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
    xi)    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
    xii)   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
    xiii)  Universiti Putra Malaysia (UPM)
    xiv)  Universiti Sains Malaysia (USM)/Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    xv)   Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    xvi)  Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    xvii) Universiti Utara Malaysia (UUM)
    xviii) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    xix)  Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (UTeM)
g. Pemohon mestilah menggunakan borang asal (borang fotostet tidak dibenarkan).
h. Bagi kemasukan pertama di IPTA bulan Jun & Julai tarikh akhir permohonan adalah
    pada 31 September dan kemasukan kedua bulan November & Disember tarikh akhir
    permohonan adalah pada 31 Disember tahun berkenaan.

Penafian : Pihak Kerajaan tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami semasa melayari laman web ini.