PENGKORPORATAN


Mesyuarat Lembaga Pengarah ke-49 bertarikh 18 Oktober 1994 memutuskan mulai 1 Januari 1995 untuk ‘mengkorporatkan’ aktiviti komersil PIJ dengan menubuhkan sebuah syarikat anak yang dinamakan PIJ Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) (dahulunya dikenali sebagai PERISIND Holdings) serta kumpulan. Ini diikuti dengan perpindahan hampir kesemua aset PIJ kepada PHSB dan kumpulannya. Keputusan Lembaga Pengarah ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam Mesyuarat EXCO pada 7 Disember 1994.

PIJ Holdings Sdn. Bhd. merupakan syarikat induk mempunyai 3 syarikat anak yang bergiat dalam bidang-bidang yang dikhususkan iaitu:

PIJ Plantation and Agriculture Sdn. Bhd.


Perladangan

PIJ Property Development Sdn. Bhd.


Hartanah

PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.


Industri Pembuatan/Perkilangan

Pada 15 Ogos 1997, PIJ telah menubuhkan sebuah lagi anak syarikat yang berasaskan perkhidmatan iaitu:

Insist Amilat Sdn. Bhd. [IASB].

Kegiatan & perkhidmatan yang dikendalikan:

  • Sebagai Amil Zakat Korporat
  • Agen Insurans Takaful
  • Perniagaan, perdagangan dan lain-lain.
  • Berusahasama menubuhkan pusat dialisis, klinik & surgeri dan klinik gigi.
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
2017 © Hakcipta Terpelihara Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Penafian: Pihak PIJ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.