KATA ALUAN PENGETUA MAAHAD JOHOR

Assalamu a’laikum.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Diucapkan selamat kembali bertugas untuk sama-sama menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi. Semoga semua warga Maahad Johor terus bersemangat tinggi dan bersedia menghadapi cabaran mendatang.

Maahad Johor adalah satu institusi yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan insan soleh yang bertaqwa bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Justeru , segala pendekatan terbaik dan bijaksana perlu difikirkan dan dilaksanakan bersama. Kita perlu berubah kea rah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sama-sama kita berdoa dan berusaha meningkatkan kecemerlangan pengurusan dan pencapaian para pelajar yang lebih baik bagi tahun 2007 ini. Keberkesanan dari segala aktiviti yang dijalankan tidak akan terhasil tanpa kerjasama dan pengorbanan dari semua pihak.

Akhir kata, selamat bertugas. Laksanakanlah tugas masing-masing dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab dalam satu matlamat. Semoga Maahad Johor mampu menjadi pusat kecemerlangan pelajar muslim yang dihormati dan dicontohi.

Sekian, terima kasih.Kembali