:: MENU UTAMA :: :: ASRAMA ::

:: PERATURAN ASRAMA ::

 

[ 01 ] Pendahuluan

1.1 Pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan didalam Education ( school dicpline) rulation 1959 section 5 & 6, maka saya pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah dengan ini membuat peraturan yang dikuatkuasakan mulai sesi 1995-1996 ke atas semua pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah yang tinggal di asrama.

1.2 Peraturan ini dinamakan Peraturan Asrama Sekolah Menengah Islam Hidayah.

1.3 Mana-mana pelajar atau kumpulan pelajar yang didapati melnggar mana-mana peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin.

1.4 Peraturan di dalam buku ini boleh dimansuh, dipinda dan ditambah atau peraturan baru dimasukkan dari semasa ke semasa ke dalamnya oleh pihak berwajib. Undang-undang kecil juga akan dibuat dan dikuatkuasakan.

 

[ 2 ] Penguatkuasaan

2.1 Warden Warden, guru-guru dan pengawas yang diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah ini.

 

[ 3 ] Kuasa Menghukum

3.1 Pengetua, Penolong Kanan, Warden dan guru-guru yang diberi kuasa oleh pengetua.

 

[ 4 ] Waktu kelas persediaan

4.1 Kelas persediaan malam adalah wajib setiap hari kecuali mendapat arahan daipada pengetua atau warden dan pada hari Sabtu.

4.2 Kelas persediaan adalah bermula seawal jam 8.00/9.00 malam dan berakhir selewat-lewatnya pada jam 10.00/11.00 malam mengikut jadual harian yang telah ditetapkan oleh Warden Asrama SMIH.

4.3 Hanya bahan bacaan yang berkaitan dengan pelajaran sahaja dibenarkan untuk dibawa semasa waktu kelas persediaan.

4.4 Lain-lain aktiviti semasa kelas persediaan tidak dibenarkan kecuali mendapat arahan dari pengetua atau warden bertugas.

4.5 Pakaian untuk kelas persediaan adalah seperti berikut:-

 

4.5.1 Perempuan : Baju kurung, bertudung dan berkasut / bersandal. Semasa kelas persediaan, pelajar adalah dilarang untuk membuka tudung walaupun di dalam kelas.

4.5.2 Lelaki : T. Shirt / Baju Melayu, berseluar slack dan berkasut / sandal.

4.6 Para pelajar diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan kelas yang digunakan.

 

[ 5 ] Aktiviti Kerohanian

5.1 Para pelajar diwajibkan solat berjemaah pada waktu yang telah ditetapkan.

5.2 Satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk mengendalikan program solat berjemaah dan aktiviti kerohanian asrama.

5.3 Ketua bahagian dakwah mesti mencatatkan nama pelajar yang tidak hadir untuksolat ber jemaah dan aktiviti pada waktu yang ditetapkan.

5.4 Semua pelajar diwajibkan menghadiri semua aktiviti kerohanian pada waktu yang ditetapkan.

5.5 Semua pelajar diwajibkan memakai baju melayu (lelaki) dan baju kurung (perempuan)semasa solat berjemaah.

 

[ 6 ] Makanan


6.1 Pelajar-pelajar diwajibkan hadir ke dewan makan pada waktu makan kecuali dengan kebenaran warden.

6.2 Pelajar-pelajar mestilah menepati masa makan seperti yang telah dijadualkan.

6.3 Pelajar-pelajar hanya akan dibenarkan makan lebih awal atau lebih lewat dari masa yang telah ditetapkan setelah mendapat kebenaran khas dari pengetua atau warden.

6.4 Menutup aurat semasa makan. Bagi pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai seluar panjang.

6.5 Pelajar tidak boleh menggunakan dewan makan sebagai tempat belajar atau membaca buku.

6.6 Pelajar adalah dilarang untuk masuk ke bahagian dapur kantin kecuali mendapat arahan daripada warden atau AJK bertugas.

6.7 Pelajar-pelajar yang memerlukan makanan lebih awal atau akhir masa yang ditetapkan perlu mendapat kebenaran dari warden.

6.8 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan atau peralatan makanan kelauar dari dewan makan kecuali pelajar yang sakit.

 

[ 7 ] Waktu Permainan

7.1 Pelajar diwajibkan berada di padang / gelanggang permainan dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang setiap hari.

7.2 Semasa waktu permainan pelajar tidak dibenarkan berada di asrama.

7.3 Pakaian semasa permainan:-

 

7.3.1 Perempuan : T.shirt labuh / baju kurung berlengan panjang, seluar panjang biru gelap atau hitam, bertudung, berkasut atau berstokin.


7.3.2 Lelaki : T.shirt, seluar track, berkasut atau berstokin.

 

7.4 Dilarang bermain ketika hari hujan atau cuaca buruk.

7.5 Dilarang melakukan aktiviti sukan di dalam asrama, musolla, kantin, dan persekitaran asrama kecuali tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk permainan indoor.

 

[ 8 ] Waktu Tidur

8.1 Waktu tidur adalah dari jam 11.30 malam hingga 5.30 pagi.

8.2 Pada jam 11.30 malam semua pelajar mesti berada di katil masing-masing untuk pemeriksaan malam bila perlu kecuali mendapat kebenaran daripada warden.

8.3 Semasa pemeriksaan malam, pelajar tidak dibenarkan berada di bilik air,musolla dan sebagainya.

8.4 Pelajar tidak dibenarkan bangun, merayau atau berjalan selepas pemeriksaan malam.

8.5 Adalah menjadi tanggungjawab semua ahli kamar untuk memastikan lampu dipadam tepat pada jam 12.00 malam.

8.6 Pelajar mesti tidur hanya dikatilnya sahaja.

8.7 Ketua / AJK kamar wajib melaporkan pelajar yang tidak ada semasa pemeriksaan malam / melanggar disiplin asrama kepada warden yang bertugas sebelum jam 7.15 pagi.

 

[ 9 ] Pemeriksaan Kamar

9.1 Pemeriksan kamar akan diadakan setiap pagi sebelum pelajar ke sekolah.

9.2 Semasa pemeriksaan kamar pelajar pelajar hendaklah berpakaian sekola pada hari persekolahan.

9.3 Pelajar pelajar dikehendaki berdiri di tepi katil masing masing sehingga pemeriksaan selesai.

9.4 Pemeriksaan mengejut akan dilakukan oleh warden bertugas sekirany perlu.

9.5 Ketua kamar perlu mengunci kamar apabila ahli kamar lain pergi ke kelas atau menghadiri kegiatan kegiatan tertentu yang lain dan kunci asrama hendaklah diserahkan kepada warden bertugas.

9.6 Asrama hendaklah dikunci pada jam 7.15 pagi hari persekolahan dan jam 8.00 pagi pada waktu prep.

 

[ 10 ] Waktu Lawatan

10.1 Ibu bapa atau penjaga boleh berjumpa dengan anak masing masing pada waktu waktu berikut :

10.1.1 Hari Sabtu dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang
10.1.2 Hari Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang
10.1.3 Hari kelepasan awam dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

10.2 Perjumpaan dan perbualan hendaklah diadakan di kawasan asrama. Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan sama sekali masuk ke bilik tidur pelajar.

10.3 Pihak sekolah berhak melarang mana mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar tanpa memberi sebarang sebab.

10.4 Lawatan di luar waktu (10.1) boleh dipertimbangkan jika ibu bapa sendiri berjumpa dengan pengetua, Guru Disiplin atau wakilnya.

10.5 Pelawat tidak dibenarkan untuk membawa pulang anaknya kecuali pada hari cuti sekolah dan hari hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

10.6 Semasa lawatan, ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan masing masing di hadapan / di belakang asrama kecuali dibenarkan oleh pihak sekolah atau warden asrama.

 

[ 11 ] Keluar Hujung Minggu

11.1 Pelajar pelajar hanya dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dua minggu sekali dan perlu keluar bersama dengan ibu bapa / guru mentor / ahli lembaga sekolah / warden / ibu bapa kawan.

11.2 Pakaian keluar ke Bandar adalah pakaian rasmi sekolah / baju sekolah.

11.3 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada hari cuti am.

11.4 Pengawas / PRS sekolah digalakkan keluar bersama pelajar lain

 

[ 12 ] Cuti Balik Kampung

12.1 Pelajar hanya dibenarkan balik ke kmpung pada cuti persekolahan sahaja atau pada hari hari yang diarahkan dan ditetapkan oleh warden atau pengetua.

12.2 Kes kes rayuan ibu bapa untuk membawa pulang anak tidak dibenarkan kecuali kes kecemasan yang mendapat yang mendapat kebenaran atau arahan bertulis daripada pengetua / ketua warden.

12.3 Pelajar pelajar dikehendaki pulang semula ke asrama sebelum jam 6.30 petang.

12.4 Kad asrama disimpan oleh warden. Pelajar perlu mengambil kad daripada warden sekiranya hendak keluar dari kawasan sekolah dan menyerahkannya semula kepada warden setelah pulang ke asrama. Kegagalan pelajar berbuat demikian boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya

 

[ 13 ] Sakit dan Rawatan

13.1 Pelajar yang sakit hendaklah memaklumkan kepada warden yang bertugas untuk dihantar ke pusat rawatan (ika perlu)

13.2 Ibu bapa / waris akan dimaklumkan sekiranya pelajar tersebut dimasukkan ke hospital

13.3 Sebarang bil rawatan adalah ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa / penjaga

 

[ 14 ] Arahan Berkaitan Peraturan Am

14.1 Pelajar dilarang bermain sebarang permainan di dalam asrama.

14.2 Pelajar dilarang membawa radio atau kaset kecuali dengan izin pengetua.

14.3 Adalah menjadi satu kesalahan besar sekiranya pelajar membawa rokok, mancis atau merokok di asrama

14.4 Tuala dan baju yang basah hendaklah disidai di penyidai kecuali hari hujan

14.5 Kasut, pakaian dan barang barang kepunyaan sendiri mestilah disimpan dan disusun dengan kemas dan teratur setiap masa

14.6 pelajar dilarang berada di kamar asrama pada waktu aktiviti ko-kurikulum dijalankan.

14.7 pelajar bertanggungjawab untuk menjaga dan memastikan kebersihan asrama dan peralatan kepunyaan masing masing

14.8 Pelajar tidak dibenarkan balik ke asrama sepanjang waktu perekolahan kecuali dengan izin warden

14.9 Setiap kerosakan hendaklah dilaporkan kepada ketua kamar atau warden dengan segera

14.10 Pelajar tidak dibenarkan membawa barang barang merbahaya, komik, majalah lucah dan seumpamanya

14.11 Pelajar dilarang dari memiliki dan menghisap sebarang jenis dadah dan ini merupakan kesalahan jenayah

14.12 Pelajar hanya dibenarkan membawa kelengkapan dan keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

14.13 Pelajar dilarang sama sekali terlibat dalam aktiviti mendera pelajar pelajar lain

14.14 Kawasan asrama perempuan adalah kawasan larangan bagi pelajar lelaki dan juga sebaliknya

14.15 Pelajar tidak dibenarkan menampal atau melukis sebarang gambar di bilik / dinding asrama

14.16 Pelajar asrama tidak boleh membenarkan pelajar luar masuk ke dalam asrama

14.17 Pelajar tidak dibenarkan menggunaka bilik komputer / makmal kecuali dengan izin warden