PERUTUSAN PENGETUA SEKOLAH

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada sidang web SMABT. Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan kurnia-Nya dapatlah laman web SMABT dbangunkan untuk tatapan semua.
Kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa adalah bergantung kepada penerokaan ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Maka, tidak dapat disangkal bahawa sistem pengajaran dan pembelajaran yang dilalui oleh generasi pelajar masa kini, merupakan medan penting melahirkan generasi pemimpin yang kretif dan inovatif dalam pelbagai bidang. Kejayaan sistem pendidikan tidak hanya seratus peratus bergantung kepada guru, malah pelajar harus mengamalkan sikap berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan sentiasa memegang cita-cita yang utuh untuk digapai pada masa hadapan.
Kepada generasi pendidik khususnya di SMA Bugisiah ini sentiasalah mengamalkan sikap positif untuk terus melaksanakan tanggungjawab yang murni ini. Dalam menelusuri pelbagai cabaran dalam tugas, kerjasama dan sikap tolong-menolong amatlah perlu. Saya berharap agar semangat kita untuk membangunkan sekolah dan melahirkan generasi pelajar yang cemerlang akan terus ditingkatkan dari masa ke masa.

Sekian , Terima kasih.

Pengetua,
Sek. Men. Agama Bugisiah Tampok.

OBJEKTIF SEKOLAH

Membina sahsiah pelajar yang mulia selaras dengan Islam, mempunyai ketahanan untuk menghadapi cabaran zaman yang sentiasa berubah dari masa ke masa.

Membina pelajar yang berkualiti dan mempunyai semangat yang kuat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Membina kesedaran kepada pelajar-pelajar bahawa menuntut ilmu suatu proses berterusan.

Membina golongan pelajar yang peka terhadap perubahan sekeliling.

 

MOTO SEKOLAH

 

BERILMU
Golongan yang memartabatkan insan kepada darjah yang tinggi,
Berakhlak iaitu mengekalkan dan memperkukuhkan sifat insan para pelajar,
Membina kekuatan dan keluasan selaku khalifah di muka bumi,
Insan yang bertaqwa.

BERAMAL
Bertindak mengikut kesesuaian ilmu dan falsafah Pendidikan Islam.

BERIHSAN
Berdisiplin, berakhlak dan beretika melahirkan insan madani.

FALSAFAH SEKOLAH
Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beriman kepada Allah dan patuh kepada raja dan negara.
Mendidik generasi pelajar yang berilmu yang sentiasa cinta akan ilmu.Dengan Ilmu tersebut ia akan sentiasa kreatif dan berupaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara
.