Syarat-syarat Bantuan

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BANTUAN
PELAJAR ANAK YATIM SEKOLAH MENENGAH AGAMA

OBJEKTIF BANTUAN: -

a. Program skim bantuan pelajar yatim ini adalah merupakan projek tahunan PIJ.
Objektifnya adalah untuk meringankan beban kewangan kepada pelajar anak yatim.
Bantuan yang diberi merupakan wang tunai sebagai galakan.

b. Program ini mendapat kerjasama Guru Besar atau Pengetua daripada sekolah
agama yang diiktiraf kerajaan bagi mengenalpasti pelajar-pelajar anak yatim yang
memerlukan bantuan.

SYARAT-SYARAT PEMBERIAN BANTUAN: -
a. Bapa pelajar telah meninggal dunia semasa pelajar sedang atau sebelum pelajar
menuntut di sekolah berkenaan.
b. Pelajar hendaklah mengikuti pengajian sepenuh masa dan tinggal di asrama atau
rumah sewa yang disediakan oleh pihak sekolah.
c. Pelajar yang mempunyai rekod disiplin yang baik dan diakui oleh pentadbiran sekolah.
d. Pelajar belum mendapat secukupnya bantuan dari mana-mana badan Kebajikan
Anak-Anak Yatim, Baitulmal atau mana-mana Institusi Kebajikan.
e. Amaun maksima bantuan yang diberikan ialah RM 825.00 setahun kepada pelajar
yatim Sekolah Agama Swasta dan RM 550.00 setahun bagi Sekolah Agama Kerajaan Johor .
f. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang telah disediakan oleh Perbadanan.
h. Terdiri daripada rakyat Islam Negeri Johor (menetap sekurang-kurangkannya 3 tahun
di Negeri Johor).
i. Lain-lain perkara bergantung kepada budi bicara Pengurus Besar.

Penafian : Pihak Kerajaan tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami semasa melayari laman web ini.