MENGENAI KAMI


Perbadanan Islam Johor ataupun PIJ yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ) telah ditubuhkan pada 6 Mei 1976 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1976 oleh Kerajaan Negeri Johor. Perbadanan telah memulakan operasi pada 1 Januari 1977.

PERANAN


Kewajipan PIJ yang termaktub di bawah Seksyen 18(1) Enakmen Bil. 1 Tahun 1976 (pindaan) 1993 adalah:

“18(1) Adalah menjadi kewajipan Perbadanan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan kemajuan tanah, kemajuan pertanian, perumahan, perusahaan, perlombongan dan perdagangan bagi maksud-maksud memajukan ekonorni orang-orang Islam dalam negeri Johor.”


Peranan PIJ adalah:

  • Menjalankan segala kegiatan untuk perusahaan perdagangan dan industri, yang perjalanan baginya difikirkan dikehendaki, berfaedah atau mudah untuk atau berkenaan dengan menjalankan tugasnya yang tersebut itu, termasuk membuat, memasang, memproses, membungkus, memperingat dan memasarkan keluaran-keluaran, penyelidikan dan latihan
  • Menjalankan usaha-usaha pertanian, ternakan dan perlombongan
  • Menjalankan perniagaan, perumahan, perdagangan, perusahaan dan pemasaran
  • Menjalankan usaha-usaha penyelidikan, kajian dan latihan dalam bidang-bidang yang di atas
  • Menjalankan usahasama dan perkongsian dengan mana-mana badan pertubuhan atau orang perseorangan bagi kegiatan-kegiatan seumpamanya
  • Menjalankan usaha-usaha pelaburan
  • Membeli, menanggung beli atau memperolehi apa-apa saham dan syer; dan melepaskannya mengikut syarat-syarat yang ditentukan
  • Menjalankan kegiatan yang difikirkan perlu dan berfaedah